Ahad, 8 April 2018

ASB ONLINE (MYASNB) : CARA BUAT PINDAHAN (TRANSFER) UNTUK TAMBAH PELABURAN AKAUN ASB SECARA ONLINE

 
Apa khabar semua? Harap semua sihat2 belaka. Amin….


Hari ni Paparea nak share tentang cara nak buat pindahan (transfer) untuk tambah pelaburan akaun ASB secara online guna MyASNB ni.

Cara dia sama je dengan internet banking, transfer akaun ke akaun lain. Tapi wajib ada internet banking la contoh maybank2u, cimbclicks, affinonline dan macam2 lagi bank. Untuk proses di MyASNB ni, ia menggunakan sistem FPX Perbankan Internet.

Apa itu FPX?
1. FPX ialah Financial Process Exchange atau Proses Pertukaran Kewangan atau lebih faham ia adalah sistem pembayaran online di Negara kita Malaysia.
2. Pembayaran melalui FPX ini memberi pilihan kepada pengguna untuk membayar pelbagai perkhidmatan melalui fasiliti yang mudah dan selamat.
3. Ia juga disokong dalam sistem Kementerian e-gov mahupun syarikat swasta yang berdaftar khas dengan bank negara.

Sebagai peringatan pada semua, yang penting, berhati2 bila membuat setiap pembayaran. Kalau tersilap, nak dapat balik duit, hmmmm…

Jadi, berhati2 dalam meletakkan jumlah bayaran dan no. akaun tu. Pastikan semuanya betul. Ini ada beberapa contoh internet banking macam gambar di bawah:

1. Had pembayaran melalui bank bergantung pada had pengeluaran yang ditetapkan bagi setiap transaksi oleh bank itu sendiri.
2. Kita perlu ada akaun perbankan internet dengan mana2 bank berikut untuk buat pembayaran.

Kalau tak da, boleh juga nak transfer tapi terpaksa guna cara lama la, p mana2 kaunter ASNB. Hehehe…

Jom start

Ni Paparea kongsikan cara tambah pelaburan ke akaun sendiri dan juga tambah pelaburan ke akaun anak2.

Kita mula dengan Akaun ASB Sendiri dulu.

1. Seperti biasa, buka laman web MyASNB dan Log Masuk. Kalau korang masih belum daftar MyASNB ni, sila klik Link di bawah.


2. Bila dah masuk, klik pada bahagian PELABURAN TAMBAHAN.


3. Bila keluar page  ni, baca soalan tu. Jawab Ya ataupun Tidak, then klik SETERUSNYA.

4. Di bahagian Pengistiharan ni, ada 2 kenyataan. Kalau rajin baca, kalau malas pun takpa. Tapi baik baca cikit la, ada la faham jugak.
Tanda di kotak kecil bawah and  Klik SETERUSNYA.

5. Di bahagian Pelaburan Tambahan ni, masukkan jumlah berapa korang nak transfer ke akaun ASB korang. Lepas tu klik SETERUSNYA.

6. Untuk Pengesahan, masukkan karakter seperti imej yang diberi. Klik SETERUSNYA.

7. Ini Bahagian untuk proses pembayaran melalui FPX Internet Banking. Tempoh masa hanya 15 minit saja. Kalau lebih dari tu, kena mula dari awal.

8. Pastikan semua butiran yang dimasukkan betul dan pastikan jumlah pelaburan tu betul. Klik PROCEED TO PAY.

9. Pilih bank korang and  masukkan emel korang sekali. Klik Agree And Continue.

10. Automatik keluar online bank korang. Yang ni korang isi la untuk proceed transfer duit tu. Yang mana ada mesti dah tau kan caranya. Tak payah cerita la nooo.

11. Bila pembayaran tadi success, kembali ke FPX Payment Details. Klik pada bahagian Click Here To Complete Your Transaction.

12. Ini adalah Resit Transaksi bagi pertambahan pelaburan yang kita buat tadi. Ia sebagai bukti pembayaran dan di sini tercatat semua seperti no rujukan, jumlah, tarikh transaksi.

13. Dah boleh semak melalui menu tab Rekod Urusniaga MyASNB.

Ok, selesai sudah perkongsian cara tambah pelaburan ke akaun ASB sendiri.

Seterusnya, cara tambah @ transfer ke akaun anak2 pulak. Step dia sama saja cuma berbeza sikit ja di bahagian Pelaburan Tambahan.

1. Fisrt, buka menu Bijak / Remaja untuk akaun anak2. Pilih salah satu akaun (jika akaun lebih dari satu). Klik pada PELABURAN TAMBAHAN.

2. Bahagian pengistiharan sama, tanda di kotak kecil bawah and  Klik SETERUSNYA.

3. Di Pelaburan Tambahan ni ada cikit beza dari pindahan ke akaun sendiri. Masukkan amaun yang nak ditambah. Klik SETERUSNYA.

4. Lakukan seperti pindahan ke akaun sendiri (no.6 - no.12).

5. Lepas selesai transfer, boleh la semak penyata di bahagian Rekod Urusniaga Bijak / Remaja.

6. Setiap tansaksi melalui MyASNB ni, kita akan dapat notis melalui mesej ke no telepon kita.

** PERINGATAN **
Waktu Operasi bagi segala transaksi untuk perlaburan tambahan ni adalah bermula dari 7.00 pagi hingga 6.30 petang, hari Ahad hingga Jumaat. Manakala hanya hari Sabtu Minggu Ketiga sahaja dan Tidak Termasuk Cuti Umum.

Selain dari waktu yang dinyatakan di atas, tiada sebarang urusniaga (Pelaburan Tambahan) di MyASNB kecuali untuk semakan penyata sahaja. Pada laman pertama MyASNB telah dicatat Waktu Operasinya.

Selesai semua perkongsian Cara buat Pindahan / Transfer Untuk Tambah Pelaburan Akaun ASB.

Untuk entri seterusnya, Paparea nak kongsikan cara mengatasi masalah terlupa IP Pengguna dan Lupa Katalaluan.


CARIAN YANG BERKAITAN:
1. Cara Semak Baki ASB Online
2. Cara Buat Pindahan ASB Online
3. Cara Transfer Duit ASB Online
4. Tambah Pelaburan ASB Online
5. Semak Baki Dan Penyata Online ASB
6. Tambah Duit Ke Akaun ASB Anak Secara Online

Sekian, terima kasih kerana sudi singgah Blog MamaPapaRea. Jumpa lagi di entri seterusnya. Bye2…

By:

PapaRea

0 ulasan:

Catat Ulasan