Jumaat, 13 April 2018

ASB ONLINE (MYASNB) : MASALAH LUPA ID PENGGUNA DAN LUPA KATALALUAN / PASSWORD

 
Salam Silaturahim Untuk Semua.

Sejak2 zaman serba canggih ni, kebanyakkan semua perkhidmatan telah di upgrade ke sistem atas talian (online). Walaupun begitu, sistem manual cara lama tetap ada jugak. Tapi apa2pun saling bergantung jugak. Ada kelebihan masing2.

Kali ni Paparea masih lagi nak sambung berkenaan ASB Online (MyASNB) tentang Masalah Terlupa ID Pengguna dan jugak Terlupa Katalaluan / Password. Kalau yang belum mengikuti perkongsian MyASNB sebelum2 ni, sila klik link di bawah ni.
  1. CARA DAFTAR ASB ONLINE MELALUI KIOSK ASB
  2. CARA DAFTAR ASB ONLINE MELALUI PORTAL MyASNB
  3. CARA LOG MASUK MyASNB SECARA TERPERINCI
  4. ASB ONLINE (MYASNB) : CARA BUAT PINDAHAN(TRANSFER) UNTUK TAMBAH PELABURAN AKAUN ASB SECARA ONLINE

Masalah ni selalu terjadi pada pelabur kerana ASB ni majoriti kita semua yang ada akaun ASB jarang skali la nak berurusan. Bila waktu terdesak ja baru nampak jalan ke ASB ni tu pun selagi masih ada isi dalam akaun. 

Mula la mata duk kelip pok kelip pok. Bila hentam je jadi la macam gambar ni.

** PERINGATAN **
Korang kena ingat, ID Pengguna & Password  ni hanya limit 3 kali cubaan untuk log masuk. Kalau 3 kali tetap jugak salah, automatik sistem akan sekat kita punya ID. Jika akaun disekat disebabkan kesilapan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan, akaun akan diaktifkan semula secara automatik selepas 24 jam. Sila cuba log masuk semula selepas tempoh tersebut. Pastikan anda telah memasukkan butiran yang tepat (ID Pengguna dan kata laluan).

Jadi kita sebagai manusia, disebabkan perkara ni, selalu ingatan kita terhadap perkara ni sering terlupa. Pada yang mudah lupa la macam Paparea. Bukan penyakit pelupa, sebab banyak password yang berlainan untuk setiap sistem online ni. Hahaha...

Meh kita kongsi sama2 Cara Mangatasi Masalah Terlupa ID Pengguna dan Masalah Terlupa Katalaluan MyASNB.

Masalah Terlupa ID Pengguna

1. Seperti biasa, buka website MyASNB. Klik Log Masuk. Klik ‘Lupa ID Pengguna?’. Klik TERUSKAN.

2. Di page ni, masukkan no KP / IC  dan jenis akaun ASNB korang. Klik SETERUSNYA.

3. Ini adalah bahagian Pengesahan Identiti. Masukkan jawapan di setiap soalan yang terpilih dengan jawapan korang semasa mendaftar MyASNB ni. Selesai klik SETERUSNYA.

Ini yang Paparea ingatkan korang masa mendaftar pada mula2 di MyASNB ni, minta screenshot soalan dan jawapan untuk simpanan rujukan korang. Ketika masalah2 macam ni la kita perlukannya.

4. Bahagian ni, untuk permintaan no TAC. Dapatkan no TAC dan masukkan ke dalam petak yang disediakan. Klik SETERUSNYA.

5. Ok, dah Berjaya dapatkan no ID Pengguna korang.

Jadi, korang pasti ingat apa password korang kan. Dah boleh LOGIN seperti biasa.

Sekiranya korang masih lagi tak jugak ingat apa Katalaluan/Password, klik terus ‘MENETAPKAN SEMULA KATA LALUAN’ @pun masuk di laman LOG MASUK.

Masalah Terlupa Katalaluan

1. Klik pada Lupa Kata Laluan?.

2. Di page ni, masukkan ID Pengguna korang dan jugak no MYKAD / IC. Klik SETERUSNYA.

3. Seperti biasa bahagian Pengesahan Identiti. Jawap soalan ni beserta jawapan korang.

4. Dan jugak permintaan ni TAC.

5. Bahagian ni, korang diminta memasukkan katalaluan baru.

Kata laluan lama telah di RESET semula. Jadi masukkan katalaluan baru ye, tak boleh guna yang lama lagi, tak boleh sama, mesti lain.

6. Anda berjaya. Sila Log Masuk seperti biasa.

Macamana sahabat semua, dah boleh ke?

Nak di cerita, mula2 Paparea tersalah masuk ID, biasa la sama taip sama snap pic, sampai tak nampak ada silap. Ala sikit sangat je pun salah, kesalahan pada huruf besar & huruf besar je. Memang try masuk di Log Masuk terus kena block. Tgu esok la jawapannya.

Dalam masa yang sama, try la email ke alamat emel myasnb yang ada di halaman MyASNB.
Sekiranya masalah masih berlarutan, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 03-80268101 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi - 6 petang) atau emel kepada myasnb@pnb.com.my.

Jadi Paparea cuba la call no tu, operator yang angkat, pegawai perkhidmatan pelanggan kami tengah sibuk melayan pelanggan. Bla bla bla bla…..

3 kali la call, membazir kredit ja tunggu punya la lama, siap dengar music lagi. Try la pulak dengan cara emel.

Tunggu la jawapan dari depa, kurang seminggu jugak la depa balas.
Minta call talian tu, tak jugak dapat2.

Last buat keputusan, try p cawangan ASNB di bandar, mana tau, pegawai sana boleh tolong reset semula. yela, sebab sana la kita mula mendaftar di KIOSK MyASNB tu. mesti boleh settle masalah ni. Hehehe…

Dah sampai sana, peg sana cakap, depa tak boleh buat apa2 berkaitan MyASNB ni. Dan peg sana cuba call khidmat pelanggan MyASNB tu. Punya la cepat operator tu sambut.

Jawapannya, kita sendiri kena call no tu jugak. Hmmm…
Buat penat je p sana. Apa lagi, balik rumah baru call, punyala mudah pulak tak da busy  sangat pun. Dapat la bercakap dengan peg operator tu.

Untuk pengesahan diri, bagi nama penuh, No IC, no Tel yang berdaftar. Terus dia reset semula. Dalam 2jam macam tu dah boleh cuba log masuk semula seperti pertama kali kita mendaftar MyASNB ni.

Selesai la perkongsian masalah lupa ID & katalaluan.

CARIAN YANG BERKAITAN:

1. Terlupa ID Pengguna MyASNB
2. Terlupa Katalaluan / Password MyASNB
3. Masalah Lupa ID dan Password MyASNB
4. Cara tukar password MyASNB

Okay semua sahabat. Setakat ini je la entri tentang MyASNB. Jika ada apa2 persoalan boleh la tanya di ruangan komen. Yang mana dapat Paparea bantu, akan Paparea cuba bantu yee.

#sayahanyapelaburASBsaja
#sayabukannyapegawaiASNB

Bye bye…

PapaRea

0 ulasan:

Catat Ulasan