Isnin, 4 Oktober 2021

RESIPI NASI TOMATO SIMPLE TAPI SEDAP

Hai assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Semoga hari ini baik-baik saja. Alhamdulillah hari ini rajin sikit update resipi. Resipi ni lama dah simpan kat Instagram tapi lupa simpan dalam blog ni untuk rujukan bila teringin nak makan nasi tomato. Hehe.

Saya masak simple dan biasanya ikut selera sendiri, kalau rasa sedap maka saya akan simpan resipi tu hehe. Kalau kalian nak cuba, boleh adjust ikut citarasa masing-masing ok. Ada tiga bahagian dalam menyediakan nasi tomato iaitu memasak nasi tomato, lauk ayam masak merah dan acar timun nenas. 

Tanpa membuang masa jom tengok bahan-bahan dan cara menyediakannya. 


1. Nasi Tomato

- 5 pot beras basuh dan tos

Bahan tumis

  • 4 sekawan
  • Daun salam / bay leave (kalau ada)
  • 1 1/2 sb tomato puree (apa-apa jenama saya pakai kimball)
  • 1 sudu besar susu pekat manis (kalau tak nak boleh guna susu cair 1 cawan)
  • Daun pandan (gunting / koyak dan ikat)
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1/2 kiub knorr atau apa pun perasa 
  • 1 biji tomato potong dadu/blend
  • 1/2 bawang holland hiris
  • 2cm halia dan 2-3 bawang putih (tumbuk)
  • 1 1/2 sb mentega @ minyak sapi 

Caranya :

1. Cairkan mentega/minyak sapi, yang ni saya guna mentega ya. Campur sedikit minyak, masukkan 4 sekawan dan daun salam. Tumis bawang halia dan bawang putih.

2. Masukkan tomato puree dan tomato yg didadu. 

3. Masukkan daun pandan. Gaul kejap.

4. Masukkan susu pekat atau susu cair saya guna susu pekat 1 sudu saja.

5. Masukkan beras yg ditos. Gaul kejap. Masukkan dalam ricecooker. Masuk garam dan kiub. Gaul rata. 

6. Tunggu hingga masak..Jangan lupa gembur bagi sekata. Masak mcm nasi biasa cuma kurangkan sedikir air drp biasa. Tapi kalau nasi putih kita selalu masak ngam2 saja tak lembik dan tak keras. So ikut saja sukatan biasa kita guna ok.


2. Ayam Masak Merah 

  • 1 sb tomato puree
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos cili
  • Gula + gula melaka
  • Garam 
  • Blend : 1 biji tomato, cili kering 21 tangkai (rebus dan kisar), 1 biji bwg holland, 1 bwg merah sederhana besar, 4 ulas bwg putih, 2cm halia.
  • 10 ketui ayam potong sederhana

Caranya :

1. Ayam letak garam dan kunyit, goreng setengah masak.

2. Minyak lebih buang tinggalkan ngam2 untuk nak buat ayam masak merah tomato. 

3. Tumis bahan kisar dan tomato puree. Masukkan sos tiram, sos cili, gula dan garam. 

4. Masukkan secawan air. Tunggu hingga mendidih dan kurang airnya. Masukkan ayam kacau sebati dan biar sampai pecah minyak. Api sederhana jangan sampai hangit

5. Bila dah pecah minyak boleh buh bawang holland dgn tomato pun boleh. 


3. Acar Timun Nanas

  • 1 biji Nanas saiz kecil (hiris nipis)
  • 1 biji Timun (garpukan kulit, belah dua dan hiris nipis)
  • 1 cili merah ,hiris
  • 2-3 bwg merah hiris
  • Sedikit cuka
  • Gula 
  • Garam

Caranya :

1. Hiris semua dan satukan dalam bekas makanan.

2. Masukkan garam, gula dan cuka. Gaul sebati. Tak perlu campur air. Sejukkan dalam peti ais. 


ok dah siap. Gambar dari Instagram saya hehe. Kalau sudi, sila follow IG, FB kami dan Youtube kami juga nah. 


Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah dan Acar Timun by Mamapaparea.

SELAMAT MENCUBA 


Love, 

MamaRea





0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...