Ahad, 20 September 2015

Kisah Mama, Papa dan Rea


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua,

Firstly, saya buka blog sebenarnya untuk running balik my brain yang sudah lama berkarat sejak dah tak bekerja dan jadi fully housewife sampailah dah lupa segala apa yang dipelajari dahulu. Jika dulu, cepat dan tidak ketinggalan mengikut arus perkembangan teknologi, tetapi sekarang tertinggal-tinggal sampai tarikh pun boleh lupa uolss..oh, tak boleh tak boleh. So, untuk bagi running balik otak saya ni, maka muncullah Blog Mama Papa Rea di samping ingin mencari side income. Maklumlah, tak berkerja, baik saya menulis sambil kerja dari rumah, kan?

Memandangkan ini entri dalam blog Mama, Papa dan Rea ini, maka saya nak la perkenalkan diri dan keluarga saya yang rasanya baru sahaja bermula pada 17 November 2012 yakni tarikh pernikahan antara saya dan suami. Pejam celik, pejam celik, sudah hampir tiga tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Rea Hanna Sophea...dah masuk yang kedua pun tetapi rezeki tak berpihak kepada kami apabila usia kandungan hampir 12 minggu missed abortion sebab jantung baby tak kelihatan walaupun dah masuk 11 weeks..so, doktor decided kena buat ERPOC (insyaAllah akan dikongsikan nanti)..Jadi, sekarang ingin menambah anak pula setelah berehat 3 bulan seperti yang dinasihatkan oleh doktor.

Okey, ini keluarga yang saya kasihi, sayangi..muah.muah..muah..




My little princess..

Me, my husband (Mr. Papa) and daughter..


Saya berasal dari Sabah dan suami orang Utara dari Kangar, Perlis..bagaimana bertemu?jodoh...jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan..bak kata pepatah, ikan di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu jua.hehe..begitulah halnya dengan kami. Di universiti kami ditemukan dan saya bukanlah seorang yang beragama Islam ketika itu, saya convert pada 29 April 2009 dan mendalami agama indah ini perlahan-lahan sehinggalah ke hari ini, masih belajar dan terus belajar memantapkan ilmu agama yang masih tak seberapa ini..silalah beri tunjuk ajar jika saya tersilap.okey..

Kini, saya menetap di Kangar, duk dengan suami..hehe...Jika mampu, kami akan balik ke kampung pedalaman di Tenom, Sabah..Jauh sangat rumah saya..tapi alhamdulillah, Allah beri kemudahan sekali skala saya dan keluarga balik ke kampung halaman menjenguk mama dan bapa serta adik beradik yg lain..saya anak ke-5 drp 10 orang adik beradik, dan suami pula, anak ke-4 drp 5 orang adik beradik yang kesemuanya lelaki..

Ini sebahagian daripada keluarga saya ketika majlis perkahwinan yang diadakan di Kangar 2 tahun lalu, Rindu semua...

Ini pula kedua ibu bapa suami, adik beradik yang lain so busy melayan tetamu ketika itu..hehe..tetapi, arwah ayah ada lagi masa ni, arwah ayah meninggal pada september 2014. Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.Amin. Rindu kat ayah :(



Okey, saya tak mahu bercakap panjang sebab saya digelar suka buat karangan walaupun dalam mesej sekalipun kerana saya suka menjelaskan sesuatu perkara panjang-panjang..hehe..saya berhenti di sini dahulu, nanti saya sambung lg k..

Oh ya, saya merupakan pengedar shaklee yang sah dengan No ID 1212635 (Julia Sia)..InsyaAllah, nanti saya akan ceritakan juga bagaimana saya jatuh cinta dgn produk shaklee dan kesan consume produk tersebut k..

Jadi, sesiapa yang ingin membuat order produk shaklee dari Perlis mahupun seluruh Malaysia, boleh hubungi saya okey. Jika hendak menggunakan ID saya pun, silakan bagi mendapatkan harga ahli tapi inform dulula na...


Pengedar Shaklee
julea_86@yahoo.com.my
whatsapp/sms : 019 4101586



wassalam,

mamapaparea
Catatan Terbaru
Previous
This is the last post.

2 ulasan:

  1. Comelnye Rea... hehehe. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    BalasPadam
  2. Terima kasih Aisyah Ghazi.orait, nt saya ke blog awak.maaf lama xbuka blog..morning sickness alahai..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...