Sabtu, 7 April 2018

CARA LOG MASUK MyASNB SECARA TERPERINCI

Assalamualaikum semua.

Sambungan dari entri sebelum ni CARA DAFTAR ASB ONLINE MELALUI PORTAL MyASNB. Kali ni nak kongsi cara guna MyASNB dan Kenali Menu2 dalam MyASNB.

Jom...

1. Seperti biasa buka website MyASNB, http://www.myasnb.com.my/.

2. Log Masuk seperti biasa, masukan ID Pengguna & Katalaluan.

3. Ini adalah halaman pertama MyASNB. Kenali satu2 menu tu.


Di page ni, boleh la semak butiran peribadi kita dan nak kemaskini apa2. Boleh klik Profil. Bahagian ni ada 3 tab iaitu Maklumat Peribadi, Tetapan Privasi dan LOG KELUAR.

4. Di bahagian Maklumat Peribadi terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Maklumat Peribadi, Maklumat Bank & No. Telefon.


** Maklumat Peribadi **

** Maklumat Bank **

** No. Telefon **

5. Di bahagian Tetapan Privasi terbahagi kepada 3 bahagian jugak iaitu Katalaluan, Soalan Keselamatan & Frasa Keselamatan.


** Katalaluan **

** Soalan Keselamatan **

** Frasa Keselamatan **

Semua perubahan di bahagian ini memerlukan Pengesahan TAC yang di send ke no. telefon kita. Dan juga setiap perubahan dari yang mula2 kita masukkan tidak boleh dikembalikan kepada asal, contoh di Frasa Keselamatan mula2 kita letak HitamPutih, tukar ke MerahPutih, nak kembali ke HitamPutih, memang tak boleh dah. Mesti berlainan.

6. Di halaman pertama, ada 5 menu tab, Produk, Rekod Urusniaga MyASNB, Rekod Urusniaga, Penyata Akaun & Bijak/Remaja.

a. Produk : Jenis unit yang kita labur dalam ASNB. Kalau korang ada melabur lebih dari 1 unit, semua ia tercatat di sini.

b. Rekod Urusniaga MyASNB : Urusniaga dalam akaun ASB, transaksi tambahan pelaburan @ pengeluaran.

c. Rekod Urusniaga Terkini : Urusniaga/Transaksi yang terkini (Penambahan @ Pengeluaran Pelaburan).

d. Penyata Akaun : Penyata urusniaga akaun dalam tempoh tersebut. Pilih mana2 korang nak tengok.

e. Bijak/Remaja : Akaun anak2 secara automatik yang didaftar atas nama ibu bapa @ penjaga tersenarai dalam MyASNB ni.
** Akaun Anak2 Paparea **

** Notis Penting **
  1. Akaun Remaja yang disenaraikan di atas merupakan akaun yang didaftarkan menggunakan nama anda sebagai penjaga ketika akaun dibuka. Akaun lain yang tidak disenaraikan mungkin menggunakan nama penjaga yang lain selain anda ketika pendaftaran.
  2. Sebarang urus niaga jualan balik, pertukaran antara akaun atau pemindahan tidak boleh dilakukan di portal pada masa ini. Anda boleh melakukan urus niaga tersebut di mana-mana cawangan ASNB dan/atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara.
  3. Permohonan belian unit tidak boleh ditarik balik jika prospektus tambahan didaftarkan selepas unit telah dijual kepada anda.


f. Akaun Bijak/Remaja ni lebih kurang sama dari segi Rekod Urusniaga & juga Penyata Akaun.
** Rekod Urusniaga Bijak/Remaja **

** Penyata Akaun Bijak/Remaja **

Ok, selesai sudah mendaftar MyASNB, Log Keluar.

Inilah serba sedikit pengenalan bagi Portal MyASNB. Korang pun dah boleh buat urusniaga sekarang, nak transfer duit ke dalam ASB lebih mudah dah tak payah nak susah2 p kaunter ASB @ mana2 cawangan ASNB.

Bagi yang belum tahu @ nak tahu cara menggunakan MyASNB ni, boleh la ke entri seterusnya. Paparea akan kongsikan cara buat pindahan @ transfer untuk tambah pelaburan ke akaun sendiri dan juga ke akaun anak2.

Sila ke Link di bawah...


CARIAN YANG BERKAITAN:
1. Cara Daftar MyASNB Online
2. Cara Log Masuk ASB Online
3. Apa itu Portal MyASNB
4. Semak Penyata ASB Online
5. Semak Baki Dan Penyata Online ASB
6. Akaun ASB Online Anak

Sekian, terima kasih kerana sudi singgah Blog MamaPapaRea kami ni. Jumpa lagi di entri seterusnya.

By:

PapaRea

4 ulasan:

  1. Saya nak update nombor telefon baru saya nombor nya 01164512628

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye, ada 2 cara.
      1. Pergi ke mn2 caw. ASNB, dftr pakai Mesin Kiosk my ASNB tu. Blh update no telefon terkini.
      2. Buka portal myASNB, klik bhgn Maklumat Peribadi & klik Edit Profil. Klik pada Maklumat Untuk Dihubungi. Masuk di bhgn No Telefon Bimbit Baru.
      Okays, Done. TQ visit my Blog 😊😊😊

      Padam
  2. Knpa myasnb Saya tiada button penyata akaun bijak/remaja? Sdgkan saya dh ada 2 org anak yg ada akaun remaja? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Mamy BB, akaun anak daftar atas nama Mamy @ husband? boleh cek dulu. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...