Selasa, 28 Julai 2020

CARA MENDAFTAR SEKOLAH DARJAH / TAHUN SATU YANG MUDAH



Assalamualaikum semua ibu² bapa² dan sahabat. Apa cerita semua?
Sekarang PKPP kan, Alhamdulillah semua, hidup kita dah kembali seperti dulu cuma perlu amalkan gaya hidup baharu @ norma baharu.

          Untuk entri kali ni, Paparea nak kongsi cara mendaftar anak masuk sekolah tahun satu. Mungkin dah lewat kan, tarikh daftar pada Mac - Mei 2020. Cuma di sini hanya perkongsian sahaja tentang pendaftaran melalui website KPM.

          Sekarang, anak Paparea masih di prasekolah, untuk tahun depan perlu daftar juga untuk masuk tahun satu di sekolah. Kalau tak daftar, mana nak sekolah nanti, hahaha...

          Okaylah, jom kita mula step by step...

Sebelum korang buka, korang perlu pastikan guna Google Chrome / Mozilla Firefox / Opera. Yang penting korang punya tu dah upgrade version terkini. Paparea guna Opera ja mudah. Ikut korang mana selesa nak guna.

Step 1:

Pertama sekali, buka PC / Laptop / HP korang dan buka google. Taip PERMOHONAN SEKOLAH TAHUN SATU @ taip je la apa² asalkan ada tahun 1. Enter.

Bila dah buka, nampakkan ada website macam gambar bawah ni. Klik je link tu.

Step 2:

Bila dah masuk. Ni adalah paparan website ni. Nak daftar, dalam petak Daftar Masuk tu, klik je pada PENGGUNA BARU. Ini proses pada sesiapa 1st buka web ni. Pada yang dah ada boleh skip ke Step 4.

Step 3:

Ini bahagian Daftar Pengguna.

Korang isi semua maklumat dalam ini. Dah siap klik Daftar.

Okay, dah berjaya.

Step 4:

Pergi semula di petak Daftar Masuk dan masukkan No. KP dan katalaluan yang korang daftar tadi. Dan klik Daftar Masuk.

Step 5:

Selamat Datang - - - - - - - - .

Klik pada petak Tahun 1 (ada 2 orang budak sekolah)

Step 6:

Klik pada Permohonan Baharu (Tidak Pernah Berdaftar)


Step 7:

Kat sini masukkan no. MyKid dan nama penuh anak. Klik SEMAK.



Step 8:

Timbul la bahagian Maklumat Pemohon/Murid. Korang isi semua maklumat yang diperlukan. Isi alamat rumah yang lengkap dan no tel yang aktif. Senang nanti depa nak call.

** Mana pulok nak dapatkan No. Sijil Kelahiran ni ??? **

Korang tengok pada Sijil Lahir Anak di belah atas kanan. Ada tertulis No. Daftar (Alphabet + Numbers). Amik no. tu masukkan dalam petak No. Sijil Kelahiran.

Untuk Maklumat Sejarah Pra Sekolah / Tadika, masukkan maklumat yang berkaitan. Tadika Kemas ka, Tadika Perpaduan ka @pun Tadika Islam ka, masukkan dalam tu. Klik SIMPAN DAN SETERUSNYA.

Step 9:

Ini bahagian Maklumat Kesihatan Pemohon/Murid.

Bahagian ni ada 4 perkara yang perlu korang isi.

Isi kat dalam ni. Macamana nak isi? Meh kita tunjuk sikit.

1. ALERGI (alahan)

Adakah anak Tuan/Puan mempunyai alergi(alahan): Tiada / Ada

Jawab mana yang berkaitan. Kalau ada, isi mana² petak mengikut jenis alahan anak tu.

2. PENYAKIT/MASALAH KESIHATAN

Sama jugak, isi mana yang berkaitan. Kalau ada, boleh klik mana yang berkaitan. Kalau tiada, klik Tiada.

3. MAKLUMAT SEJARAH IMUNISASI BAYI/KANAK-KANAK

Adakah anak Tuan/Puan telah diimunisasi semasa bayi?: Tiada / Ada
Mesti semua yang ambil kan. Kalau yang belum lengkap @ ada yang tak mau cucuk anak, makanya, terhapuslah impian mahukan anak masuk sekolah. WAJIB ADA tau.

Kalau ada yang tak tau nak rujuk mana, selak la buku pink/biru anak (bukannya buku merah mak tau) di muka surat 11 iaitu JADUAL DAN REKOD IMUNISASI. Macam gambar di bawah ni.

Macamana nak isi ni? Korang isi macam dalam gambar bawah ni.

Isi semua sampai habis.

4. PERSETUJUAN PERKHIDMATAN KESIHATAN DAN IMUNISASI

Bahagian ni adalah untuk persetujuan ibu bapa untuk anak² nanti bagi khidmat cucuk imunisasi di sekolah. Klik saja BERSETUJU / TIDAK BERSETUJU dan klik SIMPAN DAN SETERUSNYA.

STEP 10:

Ini bahagian MAKLUMAT PENJAGA. Ibu bapa / penjaga mesti isi maklumat dalam ni.

1. Maklumat Bapa/Penjaga Pertama
Masukkan No. KP Bapa / Ayah / Papa / Atuk / Wan / Aki / Penjaga Utama DLL.
Kenapa tak boleh taip terus? Haah, korang klik je tepi tu Carian No KP Penjaga Utama.

Taip No KP korang dan klik Carian. Ini proses nak daftar no KP penjaga dalam sistem ini.

Masukkan Nama Penuh sama dalam MyKad. Klik TERUSKAN.

Isi semua sampai habis.

2. Maklumat Ibu/Penjaga Kedua
Isi maklumat Ibu / Emak / Mama / Umi / Mummy / Amma / Tok Wan / Nenek /Penjaga Kedua DLL. Korang isi saja sama macam yang bapa punya atas tu.

Klik SIMPAN DAN SETERUSNYA.

STEP 11:

Maklumat Permohonan. Bahagian ni korang isi maklumat sekolah yang di pilih untuk anak korang.

Sebelum korang isi, akan keluar notis yang berkata .....

Isi ikut apa yang korang nak pilih dari jenis sekolah, negeri mana dan daerah mana. Ada banyak pilihan tu, hanya klik je petak tu , dan keluar la macam² ada. Pilih ja.

Adala 1 TIPS untuk bahagian ni, ramai yang cakap kalau nak confirm dapat mesti JARAK rumah ke sekolah yang paling dekat (kurang daripada 3 km).  Paparea punya rumah kurang 5 km macam tu. Kira dekat la jugak. ☺☺☺
Dah isi klik SIMPAN DAN SETERUSNYA.

STEP 12:

Di sini adalah bahagian terakhir, PERAKUAN DAN HANTAR.
Korang boleh semak balik setiap maklumat yang korang berikan BETUL / SALAH. Jika ada kesalahan, boleh return semua pada bahagian yang perlu pembetulan tu.

Kalau dah okay semua, boleh la terus klik pada petak paling bawah,
PERAKU BENAR DAN HANTAR.

Step 13:

Dah peraku, keluar la Notis Permohonan Tahun Satu. Permohonan anda telah berjaya dihantar. Klik ok.

Note:

1. Untuk mengemaskini permohonan yang telah dihantar hanya maksimum 3 KALI SAHAJA.
2. Keputusan penempatan murid ke sekolah adalah bergantung kepada kekosongan sekolah dan bukannya sekolah yang dipilih.

Step 14:

Scroll sampai bawah, tengok bahagian Proses Perakuan Permohonan. Korang klik pada Cetak Surat Permohonan Sekolah dan Cetak Surat Persetujuan Kesihatan. Print kedua² surat tu.

Contoh:

1. Cetak Surat Permohonan Sekolah

Borang ni ada 6 muka surat. Print semua tu, hitam putih pun boleh. Nak cantik lagi print colour la, hehehe...

2. Cetak Surat Persetujuan Kesihatan

Tulis Nama penuh korang dan no KP siap sekali tandatangan.

Step 15:

Dokumen² sokongan yang diperlukan, korang boleh rujuk di borang permohonan page terakhir. Senarai semak namanya, macam gambar ni.

Korang perlu sediakan mengikut senarai semak ni, fotostat semua.

1. Surat Beranak Anak / Sijil Anak Angkat
2. Bil Utiliti Terkini ( Bil TNB / Air / Telefon )
- yang ni korang pilih mana satu yang ada, fotostat cantik². 1 pun dah cukup.
3. Kad Pengenalan Ibubapa / Penjaga
- Mykad ibu dan bapa @ penjaga depan dan belakang.
4. Surat Nikah / Surat Cerai
5. Surat Hak Penjagaan / Perintah Mahkamah (jika berkaitan)
6. Laporan Doktor & kad OKU (jika berkaitan)
7. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi
- Surat Persetujuan Kesihatan seperti di Step 14

Bila dah siap semua, susun mengikut susunan Senarai Semak. Pertama, borang permohonan tu diikuti dokumen lain.

Step 16:

Lepas semua siap, korang dah boleh hantar ke sekolah dalam tempoh 2 minggu dari tarikh korang daftar permohonan tu.

Tahun ni Tahun 2020 kan COVID-19, jadi KPM dah umum penutupan semua sekolah kan, tak dapet la nak hantar borang tu lagi kena tunggu sekolah buka.
Ini adalah maklumat dari Group Whatsapp Pra Sekolah anak Paparea.

Jadi, kerajaan dah maklum sekolah dibuka bulan Julai dan tempoh untuk menghantar permohonan sekolah perlu 2 minggu dari tarikh sekolah dibuka. Di website pun ada. Maklumat tambahan terkini.

Apa lagi, Paparea terus call pihak sekolah untuk tanya mengenai perkara ni. Dan jawapannya, boleh segera hantar terus ke pejabat sekolah. Paparea tanya pulak tentang dokumen Ori macamana, perlukah bawa sama??? Staf sana cakap, tak perlu, cukup sekadar borang dan keperluan itu saja. Okay...

** Untuk dokumen ORI, bergantung kepada sekolah tersebut, yang penting korang tya dulu keperluan sekolah tu, kalau staf sana nak jugak yang Ori, korang bawa ja la ok.**

Okay la, setakat ni sajala yang dapat Paparea kongsikan untuk sahabat semua. Untuk proses seterusnya, tunggu keputusan pulak macamana.

CARIAN BERKAITAN:
1. Permohanan Masuk Sekolah Tahun Satu
2. Cara Mendaftar Anak Sekolah Tahun Satu
3. Cara Memohon persekolahan Tahun Satu Untuk Anak
4. Pendaftaran Tahun Satu Sekolah

Nantikan lagi entri² yang bermanfaat untuk kita semua dari kami MamaPapaRea. Untuk tontonan di YouTube pulak tengah dalam pembikinan. Masih bertatih nak up. Hahaha....

Terima Kasih uollsss

By:

Paparea
Continue Reading

Rabu, 24 Jun 2020

MACAM MANA NAK DAFTAR JADI AHLI SHAKLEE DENGAN MUDAH, DAPATKAN HARGA AHLI ATAU NAK BISNES?

Mudah sangat!

Nak mendaftar untuk jadi ahli dan dapatkan harga jimat 20-25% ? Mudah saja dengan hanya mendaftar terus ke LANGKAH 1 di bawah.

dan,

Tips untuk mencari bisnes yang mudah tentunya ialah:-




√ Modal Rendah serendah RM35 atau boleh dengan Free membership

√ Rendah risiko perniagaan

√ Slip gaji disediakan

√ Tak perlu simpan stok

√ Untung runcit + bonus sehingga 45%

√ Coaching from ZERO to HERO

√ Marketing tools disediakan

√ Sistem dropship dengan website free

√ Jana pendapatan dari rumah atau di mana sahaja


Untuk mendaftar tentunya anda nakkan bisnes partner yang sentiasa membantu anda dalam mencari info, tips dan coaching.

Jangan risau, saya Julia akan membantu anda. Kita sama-sama merangkak, berjalan dan terus menapak puncak kejayaan.

Tidak akan ada kejayaan jika kita tidak mengubah diri kita sendiri.

Cara Mendaftar sebagai SID, ahli atau agen shaklee dengan Yuran RM35 dengan hanya 2 LANGKAH MUDAH!

LANGKAH 1

1. Pertama sekali anda boleh buka address yang tertera untuk mendaftar secara ringkas.

Pastikan alamat email dan nombor telefon anda adalah betul.

Klik untuk mendaftar secara ringkas.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1212635


* Isikan semua tempat kosong dengan betul dan pastikan nombor telefon adalah betul sebab nanti nak guna ID dan password yang Shaklee akan mesej.


LANGKAH 2

2. Setelah mengisi form ringkas di atas, maka anda akan menerima mesej dari pihak Shaklee untuk menyatakan ID dan Password anda.

Kemudian, anda login di alamat ini.


https://www.shaklee.com.my/login



* Pastikan ID dan password anda betul mengikut mesej yang anda dapat daripada Shaklee.

* Setelah masuk, sekali lagi anda akan diminta menukar dan mengesahkan password baru anda.

* Sahkan dan isi borang enrollment selengkapnya ya.

YEAYYY ANDA BERJAYA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE TAPI KENA BAYAR YURAN E-STARTER KIT SEBANYAK RM35 HUBUNGI SAYA UNTUK KETAHUI CARA NAK BAYAR. 
*Anda boleh bayar terus e-starter kit untuk PENGAKTIFAN ID ANDA. Baru boleh buat belian produk okay. 

* Setelah itu, sila whatsapp saya dengan klik ikon whatsapp dalam blog ini tau supaya saya dapat membantu anda untuk langkah seterusnya.

Oh ya, bukan setakat mendaftar sahaja untuk dapatkan harga ahli tetapi, saya akan bersama mengorak langkah bersama anda untuk memberikan panduan tentang pelbagai segi termasuklah


√ Panduan cara makan dengan betul
√ Membantu memberi maklumat tentang promosi bulanan shaklee
√ Bantu terangkan info produk
√ Membantu cara belian melalui laman web

√ Untuk bisnes, segala bahan disediakan bila anda perlu
√ Ilmu bisnes secara online mahupun offline 
Kelas coaching secara online



Jadi, walau di mana pun anda, bolehlah mendaftar dengan Sis Julia ya. Kelas ilmu dan produk sentiasa diadakan secara online.

Ilmu bisnes yang free dikawal selia oleh Master mahupun leader berpengalaman sentiasa ada. Jangan bimbang. InsyaAllah bila ada mentor, ada hala tuju dan panduan💪

Ooppssss sebelum berakhir, anda juga boleh dapatkan FREE MEMBERSHIP ATAU KEAHLIAN SECARA PERCUMA dengan pembelian produk RM300++ pada bulan ini dan belum tentu bulan hadapan ada lagi. Begitu juga dengan Yuran sebanyak RM35 mungkin akan habis pada waktu ditentukan. Jadi cepat-cepat mendaftar waktu ni tau. 

JOM JOIN US NOW.
JULIA

REA EMPIRE



Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...