Selasa, 16 Februari 2021

"LAJUNYA AIR PAIP NI" - CARA PASANG WATER PUMP AUTOMATIC (JETMAC 370W) PALING MUDAH DAN MURAH



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat². Semoga korang semua sihat² belaka ya. Jaga kesihatan & jangan NAKAL² pulak. Ingat benda ni.


#kitajagakita    #stayathome


Sapa lagi nak jaga diri kita, keluarga kita, kita ler...


Lama jugak la Paparea tak mem-blog ni. Busy betul awal tahun ni. Anak dengan anak sulung dah mula nak masuk Tahun 1, yang ke 2 masuk Prasekolah pulak. Jadi sebagai ibu bapa ni, agak kelam kabut la urus persiapan anak² sekolah. Tapi tak jugak boleh sekolah, dah kena lanjut PKP pulok. Jadi busy lagi la dengan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).


Nak tonton tugasan PDPR MamaPapaRea, boleh layan video di YouTube Channel kami ya. Ada lah video telatah anak² dalam tugasan PDPR depa. Klik saja gambar di bawah.


Banyak lagi video di sana. Jangan lupa Subscribe, Like, Share & Komen ya. TQ very² much pada yang sudi support.


Untuk entri kali ni, Paparea nak kongsi cara pasang Water Pump Automatic @ Pam Air Automatik di rumah. Paparea buat sendiri sahaja.


Paparea bukan Tukang Paip Profesional, hanya Do It Yourself (D.I.Y). Ini hanyalah sekadar perkongsian sahaja. Tiada kena-mengena nak sabotaj ke apa² yang menggugatkan perkhidmatan perpaipan.


Apa yang membuatkan Paparea TERPAKSA memasang pam air ni adalah disebabkan masalah KETIADAAN dan TEKANAN RENDAH AIR PAIP di kawasan kami. Paparea tinggal di sini sejak tahun 2012 lagi, jarang² berlakunya masalah air ni. Baru² ini sejak masuk tahun 2020, dah mula kerap sangat berlaku air tiada. Memang menyusahkan kehidupan kita seharian, tambah² lagi kita yang ada anak kecik. ?|”:P{}@^%!$&^^#(*!$*


Ok, jom kita start.


Korang kenalpasti dulu puncanya masalah air di kawasan rumah anda. Check la paip ada masalah bocor ke tak. Kalau ok, pastikan semua rumah di kawasan korang tu mengalami masalah yang sama. Air paip ada tapi tekanan rendah, slow, sikit saja air keluar, tengah malam baru kuat. Masalah² ni memang perlulah pakai pam air di rumah.


Step 1:


Korang servay dulu jenis pam yang sesuai dan ikut bajet korang. Paparea beli jenama JETMAC 370w (Automatic Pump). Yang ni sesuai la rumah teres macam kita ni. Yang Semi-D 2 tingkat pun boleh pakai lagi. Pam air ni ada 2 pilihan, ADA PENUTUP dan TIADA PENUTUP.


Pam ni Paparea beli online saja, harga RM225 + Warranty 6 M. Boleh la dari beli di kedai hardware, harga RM260, tu pun paling habis tawar dan warranty hanya 3 bulan sahaja. Tak tau la kat tempat korang boleh dapat murah lagi ka, lagi bagus.


Ni Paparea beli pada bulan 7 tahun 2020. Hari ni, 16 Feb 2021, alhamdulillah, pam masih berkhidmat dengan penuh berkuasa.


Dan ini pulak baru beli untuk abang Paparea pulak, rumah Semi-D 2 tingkat. Ini kedai lain, harga dah turun, RM190.00 + Warranty 6 M. Lagi murah dari yang Paparea beli tahun lepas.


Link pembelian kedua² seller ni ada bawah akhir sekali ya…


Step 2:


Bila dah beli, korang kena sediakan dulu sangkar untuk pam. Kalau rumah taman, siap pagar tu, tak perlu la pasang sangkar.  Kalau rumah kampung macam rumah paparea ni yang takda pagar, memang perlu pasang sangkar.


Sangkar ni ukuran dia ikut saiz pam, besar sikit 2-3 inci. Harga Paparea buat ni, RM70.00 termasuk upah pasang. Kalau takda ni, boleh hilang pam ooo kita.


Step 3:


Kenalpasti saluran paip air korang.

·                 Saiz paip

·                 Penyambung paip ( ‘L’ / ‘T’ / ‘---’ )

·                 Penyambung paip pada pam


Saiz paip air Paparea 25mm / 1 inci


Saiz Adapter pada pam.


Adapter Air Masuk 1’ inci


Adapter Air Keluar 1’ inci


Step 4:


Antara peralatan dan barang yang perlu ada.


·                 Gergaji Paip @ Pemotong Paip

·                 Paip Hitam (25mm)

·                 Pita Ukur

·                 Pita putih

·                 Penyambung paip(elbow / adapter) semua saiz 25mm / 1’ inci.


Step 5:


Sebelum mula kerja, tutup paip di meter air. Baru senang kerja, huhuhu…


Tanda kat mana paip yang perlu buat penyambungan ke pam air. Potong guna gergaji @ pemotong paip/cutter lebih kemas.


Step 6:


Pasang penyambung ‘elbow L’ pada paip.


Cara nak pasang adapter ni ada 2 cara iaitu just longgarkan saja penutup paip atau kena pasang 1 per 1 pada paip.


Jadi la seperti ini.


Dan seterusnya…


Step 7:


Untuk pasang penyambung pada pam, perlu di balut dengan pita putih paip.


Kalau boleh korang beli yang yang banyak punya tape paip tu. Lilit tebal² ya.


Ini belum tau lagi ok ka tak, yang penting balut tebal² dan cukup.


Dan masukkan pada lubang tersebut. Kunci ketat² ok.


Step 8:


Perlu tambah elbow L pada penyambung dari pam. Terpaksa kerat paip sikit. Boleh ja klu terus pakai Elbow L dari pam, tapi akan ganggu paip pulak sebab sangkar besi tu.


Kerat ikut panjang yang diperlukan. Masukkan paip tu ke adapter yang tersedia di pam tu.


Masukkan 1 per 1 jugak seperti ini.


Jadi la begini…


Sambungkan semua penyambung.


Step 9:


Last sekali, kemaskan paip air kita. Kena ikat paip pada lantai @ dinding. Peralatan yang perlu digunakan adalah:


·                 Dawai Besi Lubang

·                 Wallplug

·                 Skru

·                 Hammer / Tukul

·                 Hammer Drill / Impact Drill


Atau boleh jugak guna Klip Paip saja. Ikut kesesuaian mana yang mudah.


Potongkan dawai besi ikut saiz paip hitam tu.


Tandakan lubang untuk ditebuk.


Dah siap lubang, masukkan wallplug dan pasang skru ketat².


Step 10:


Okay dah siap semua. Dah boleh pasang cover / penutup pam air tu.


Jom kita test tengok kuat ke tak. Untuk pengetahuan korang semua, masa hari pemasangan ni, kawasan Paparea tinggal ni, air dalam keadaan tekanan rendah. Hanya air paip rendah di luar rumah saja ada air tetapi setakat meleleh saja. Dalam bilik air, sinki, memang tak naik langsung, berhari² berbulan².


Alhamdulillah, berbaloi buat kerja sendiri ni walaupun dari pagi hinggalah ke petang. Biasala bukannya PRO. Baru la ada senyum. Kesan berjemur panas lit lit…


Lepas ni tak da la nak buat report ke apa tentang air tiada ni. Boleh dikatakan semua rumah dalam kampung ni, dah pasang pam air. Kita ja baru² nak pasang. Patutla depa semua diam ja klu bab air slow ni, rupa²nya…


Untuk lebih jelas, di sini Paparea sediakan video cara pasang pam air ni. Boleh klik LINK pada gambar di bawah ok.


Ok semua dah siap perkongsian tentang Cara Pasang Pam Air di Rumah. Jangan Lupa Subscribe, Like dan Share ya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan semangat pada korang semua untuk lebih proaktif menjalani kehidupan yang selesa.


Ini Paparea sertakan bersama link pembelian water pump kedai seller yang Paparea beli.


https://shopee.com.my/product/11272182/2511488950.?smtt=0.60980017-1613417417.10


https://shopee.com.my/product/80129364/3308157571.?smtt=0.60980017-1613417458.10


Pilih la yang mana satu berkenan di hati korang. Kedua²nya amat berpuashati. @pun selain dari kedai di atas ni pun boleh. Yang tiada penutup lagi murah, power sama saja cuma beza ada penutup dengan tiada penutup, itu saja.


Okay, jumpa lagi semua sahabat².


Bye bye


By:


Paparea

Continue Reading

Sabtu, 21 November 2020

CARA MENGATASI MASALAH LIPAS DALAM KERETA/RUMAH YANG PALING TERBAIK



‏اَلسَلامُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ… ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اَللهِ ÙˆَبَرَكاتُÙ‡ُ


Hai semua, apa habaq korang? Harap semua dalam keadaan sihat ya.


Nak tanya hampa semua yang pakai kereta, pernah dak kereta hampa masuk serangga macam lipas ka semut ka??? Korang pakai pertua apa nak halau benda tu?


Semakin hari semakin banyak pulak. Tambahan pulak kita yang ada anak² kecik ni, tak sah la kalau tak makan dalam kereta. Kalau korang boleh disiplinkan diri serta anak² bila berada dalam kereta memang kawe TABIK SRPING la.


Bila dah ada anak² kecik ni, paham²la noo, cikedis memang tak dan tunggu makan di rumah, nak jugak makan dalam kereta. Bila dah makan tau² la tumpah semua. Mana dan nak vacumm hari² kan. Dulu masa bujang bersih ja kereta, sekarang anak dah 3, nahh... stress oooo.


Paparea nak share la tips cara nak halau lipas dari menumpang kereta kita. Boleh baca sampai habis okay…


Cara Mengatasi Masalah Lipas Dalam Kereta/Rumah Yang Paling Terbaik.


Sebelum ni, Paparea banyak la GOOGLE, macam² petua dari blogger. Katanya jimat dari segi RM dan guna bahan yang x merbahaya pada kanak². Banyak petuanya contoh:


1. Lemon


Hiris lemon ni, letak di dalam kereta di bahagian mana laluan lipas tu. Nanti dah kering ganti yang baru.bila lipas terkena lemon ni, dia akan lari lintang pukang, katanya.


2. Daun Pandan


Daun pandan ni korang potong kecik² dan masukkan ke dalam uncang yang jarang tu (gift kenduri tu). Letak dalam kereta. Bila dah kering tukar yang baru. Daun ni dia mengeluarkan bau pandan, lipas tak suka bau² macam tu.


3. Botol Air Minuman


Botol air minum yang 500-600ml tu. Korang tinggalkan sikit baki air dalam tu letak di celah kerusi. Jangan sampai tertumpah k. Biar la 2-3 hari, nt tengok ada tak lipas terjun dalam tu. Lipas kan suka air manis lemak berkrim termasuk semut.


4. Minyak + Susu Pekat + Marjerin


Campurkan ketiga² bahan ni dan korang letak la di mana² tempat yang korang rasa situ jalan lipas. Bahan ni menaikkan selera lipas nak makan. Ni kira JERANGKAP SAMAR.


Ni pendapat Paparea setelah try tips di atas ni.


No.1 takla menjimatkan, mahal jugak lemon tu 1 biji RM1.00++. Lepas tu bila dah hiris lama² dia buruk, kotor pulak ruang dalam kereta.


No.2 pulak, bagus jugak bau pandan ni, tapi bila kereta park bawah matahari (panas), bila masuk dalam kereta punya la perit hidung sebab terlalu kuat bau dia, boleh naik poning ooo. Nak halau lipas, kita pulak yang Terkono.


No.3 ni lagi masalah. Kita bila ada anak² ni boleh dikatakan selalu la guna kereta, bila dah ada botol air terbuka, mudah tumpah. Lagi haru nak mencuci kesan tumpah tu. Lipas zaman la ni cerdik ooo. Memilih air.


No.4 ni paling Paparea stress, dah la guna minyak, susu & marjerin. Dah tu mesti letak dalam bekas kecik leper kan. Mana nak letak? Mesti bawah kerusi. Masalahnya, sekor pun tak kena. Paling teruk bila TER-tumpah, bayangkan jadi macamana. Pernah jugak letak bawah kabinet dapur, lama punya duk bawah tu sampai terlupa. Kita sapu la guna penyapu jerami, habis berminyakkkk...!@#$%^&*@&^%$#! Terkorbanlah wahai penyapu...


Korang semua boleh la try tips² di atas ni, jika menjadi ok la. Mungkin cara Paparea buat salah kut. Apa²pun TQ pada yang berkongsi.


Cara Mengatasi Masalah Lipas Dalam Kereta/Rumah Yang Paling Terbaik.


Tips ni memang betul² menjadi Paparea guna. Tapi perlu RM la. Semua perlu duit kalau nak berkesan. Bahannya adalah:


Korang mesti tau kan, selalu orang jual di Nat, pasar malam / pagi. Harga 1 pek tu RM0.50. Sebelum ni guna untuk halau semut saja. Kebetulan tabur di dapur sebab semut banyak, 2-3 hari tu rasa pelik, lipas semut semua dah takda. Jadi inilah UBATNYA.


Bahan dia ni serbuk roti halus, jadi tak perlu la risau anak² nak kutip. Takkan nak letak dalam piring kut. Mesti la di bahagian tersembunyi, lipas kan suka tempat macam tu.


Ni Paparea tabur dalam kereta celah pintu, atas kusyen. Sesuai letak malam, lepas dah tak guna kereta. Lipas suka keluar dinner.

** Ni celah pintu kereta **

** Ni tengah² dekat gear **

 ** Tabur atas kusyen **

** Ni sarang lipas banyak, buka & selak pelapik, tabor dalam tu **


Lepas korang tabor, tunggu semalaman, esok korang buka tengok. Ni kereta Paparea, terkezut ooo.

** Ni belum kutip² lagi tau **



Ni Paparea dah kutip semua, ni betul² lipas dalam kereta tau. Bukan pi kutip luar mai kumpul dalam ni, yaa..


Ni semua hasil kutipan SATU MALAM SAHAJA. Gemok² oo lipas ni.


Semua ni dah boleh cuci la buang semua lipas & yang serbuk tu, jangan pulak tinggal macam tu ja, sapu ke bawah di pelapit kaki tu. Tapi kalau pelapit jenis karpet baik tak payah, vakum saja semua.


Sarang lipas ni terutama bawah kusyen & dalam bonet belakang kereta d tayar spare, tempat sempit. Korang tabor saja. Nanti terhapus la lipas mana yang ketegaq nak lari keluar.


Paparea dah siap standby kat rumah serbuk ni, beli online saja 1 kotak RM15, ada 50 peket.


Ni bukan nak promote brand ni, tapi klu jenis lain pun boleh asalkan ada hasilnya.


Ok korang yang ada masalah ni korang boleh cuba, murah ja serbuk ni taklah mahal pun, yang penting hilang lipas. Kalau nak ikut tips yang ramai blogger share macam yang atas tu pun boleh cuba.


Korang jangan lupa pulak LIKE, KOMEN & SUBSCRIBE video² kami di MamaPapa Rea Youtube Channel yaa…


Semoga setiap perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Terima kasih. Jumpa lagi di lain² entri dari kami Blog MamaPapaRea Blogspot Dot Com.


Bye²


By:

 

PapaRea

Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...