Isnin, 31 Julai 2017

CARA BUAT DADIH BERLAPIS SIMPLE DAN SEDAP PAPAREA


Assalamualaikum para sahabat semua,

Dah lama tak update blog ni, mana taknye last update pun bulan posa mana dan nak belek2 blog ni cibuk bebenor. Sambut raya pulak lagi la cibuk. Sempat lagi kot nak ucap

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI FAMILI MAMAPAPAREA

Untuk entri ni nak kongsi resipi Paparea and family buat masa bulan posa lepas. Hari2 besa pun boleh juga buat. Resipi ni diberi nama DADIH BERLAPIS SIMPLE SEDAP PAPAREA.

Ala resipi simple je. Cuma adalah tambah cikit2 bahan lain bagi lebih sedap, berkrim. Saja ja nak kongsi untuk semua.

Jom kita mula masak...

Step 1:

Beli la dulu bahan2 dia macam yang ni:

a. 1 Pek  Dadih (perisa jagung @ coklat) - ikut citarasa korang la
b. 1 Tin Susu Sejat
c. 1 bungkus cawan plastik yang bertutup

Bahan2 tambahan:

a.  Air Putih 1.5 liter @ 1500 ml
b.  1 Sudu Besar Susu Pekat
c.  100 gm Gula
d.  Perisa Minuman Jagung dan Milo

Semua bahan2 ni murah ja. Tak tau la pulak harga di kawasan korang. hehehe...


Paparea paling suka 1 jenis ni macam gambar di atas. Dulu selalu la beli RM4.50 dalam 3 tahun lepas. Sekarang RM5.90. Susu sejat @ cair Paparea suka jenama Marigold, macam dalam gambar ni yang paling murah. Harga RM2.80. Hahaha. Nak lebih sedap F&N la, mahal la cikit. 

Ni cawan plastiknya. Ada yang kecik, ada yang besar. Harga pun beza tak banyak sangat. 1 bungkus ada 50 cawan. Harga tu yang terkini tau, 30 Jul 2017. Sebelum ni tak da gambar cawan ni.


Ni dah lama pakai selalu ulang2 balik je pakai. Jimat ckit.hehehe... Habis makan jangan dibuang cawannya. Amik basuh dan simpan.

Biasanya 1 pek dadih bila kita masak + air + semua bahan2, boleh dapat lebih kurang 20-23 cawan. Ikut paras kita tuang dalam cawan tu la.

Step 2:

Baca la dulu cara memasak ada di belakang pek dadih tu bagi senang dan faham. hehehe...

Guna periuk yang sesuai sebab takut nanti melimpah. Untuk korang yang nak masak sikit, boleh guna separuh saja dadih tu. Kuantiti bahan lain pun separuh juga. Selalunya Paparea pun macam tu juga. Kalau banyak, ruang simpan dalam peti sejuk jadi masalah.

Step 3:

Masukkan gula, susu sejat, susu pekat dan garam secukup rasa. Susu pekat dalam gambar tu terlajak lebih, akan rasa lebih berkrim.



Kacau semua bahan2 tadi hingga sebati dan tunggu ia mendidih.


Step 4:

Slow kan api, masukkan dadih tu dengan serbuk buahan yang dah siap sedia dalam pek tu. Masukkan juga perisa jagung @ Milo. Jangan melampau sangat perisa tu, sekadar bagi ada rasa sudah ler.

Kacau hingga larut semuanya. Dadih Jagung and Coklat buat berasingan tau. Caranya tetap sama saja.
** Dadih Jagung **
** Dadih Coklat **
** Serbuk Gula Buahan **

Macam besa la kacau sampai semua sebati.

**  Jagung **                        ** Coklat **

Step 5:

Siap semua dah sebati, tutup api dan biarkan selama 5 - 10 minit sejuk. Jangan lama sangat, nanti beku dalam periuk. Kalau panas2 dari dapur terus tuang ke dalam cawan takut eksiden ja, maklumla barang panas.

Kalau korang rasa dah boleh tuang dalam cawan, jalan ja.


Ni tuang separuh saja sebab nak buat dua lapis. Jagung + Coklat.

Untuk buat dadih berlapis ni, perlu buat berasingan. Buat satu dulu. Macam Paparea buat ni, jagung dulu. 

Bila dah siap tuang, biarkan sejuk dulu nampak macam beku dalam cawan tu baru la buat dadih kedua pulak (Dadih Coklat). Then bila dah siap masak, sama ja caranya, sejukkan dulu. Terus tuang atas dadih jagung tadi dengan berhati2/slow2 tak nak bercampur.

Dah pun siap. Tunggu dalam beberapa minit lepas tu terus tutup dengan penutupnya dan masukkan ke dalam peti sejuk. Biar dia betul2 beku, bukan letak di bahagian beku, rosak la dadih tu macamana nak makan nanti. Jadi Dadih Ais Terlajak Beku. Hehehe...

Kalau korang ada nak tambah apa2 bahan lagi pun boleh la jugak macam kalau dadih jagung letak la jagung manis, nata de coco ka, biskut Oreo ka, apa2 lagi la yang sesuai asalkan sedap dan menyelerakan. Mmmmmmmm.....

Ok selesai entri dadih yang simple ni. Mudah dan senang saja nak buat. Anak2 Paparea  memang depa minat sungguh dadih ni. Peti sejuk bagaikan tak sempat nak sejuk, asyik buka tutup buka tutup pintu dia.

CARIAN YANG BERKAITAN:

1.  Dadih
2.  Dadih Sedap
3.  Dadih Paling Senang
4.  Dadih Mudah
5.  Cara Nak Buat Dadih Mudah
6.  Cara Buat Dadih Sedap
7.  Cara Buat Dadih Berlapis

Sekian, Thanks uolls  sudi singgah MamaPapaRea.

By:

PapaRea

4 ulasan:

  1. Salam. Tq. Menjadi la saya buat dadih ni. Ikut sebijik step dalam ni. Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, sama². Bulan² posa ni mmg Paparea selalu buat.dh blh dikatakan fav la. Apa² pun Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  2. Salam. Thank you utk perkongsian. Saya mohon izin utk guna resepi ni utk berniaga ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, sama². Boleh saja semoga tuan mempermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki, Amiinn...TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. 😊😉😘

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...