Ahad, 28 Mei 2017

CARA BUAT PULUT DAN CARA BALUT KETUPAT PALAS

Assalamualaikum Para Sahabat Semua.

Hari ni adalah hari yang ke-2 kita berpuasa (28 Mei 2017). Macamana korang semua? Harap semua sihat belaka.

Hye smua sahabat, hari ni 3 Jun 2019 Isnin, 2 hari lagi nak Raya. Lama dah tak update. Ni entri 2017. Ramai yang tengah mencari cara² buat ketupat palas kan. Apa²pun try the best k. 


Paparea & Sekeluarga ingin mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA SEMUA
** Ini gambar Raya Tahun 2018 **

Untuk entri kali ni Paparea nak sambung entri sebelum ni Cara Balut Ketupat Palas Jantan. Yang mana belum baca, klik saja tajuk tu.

Paparea nak kongsi cara buat pulut yang sedap. Tapi tak la special sangat, sama macam selalu orang buat tiap kali raya.

Jom kita mula, seperti biasa Step By Step. Hehehe....

Cara Penyediaan Pulut Ketupat

Step 1:

Mesti prepare bahan2 nak memasak. Bahan2nya adalah:

1.   Beras Pulut Susu (1 Kg)
2.   Santan Kelapa Pekat (500 gm / 600 gm)
3.   Garam (secukup rasa asalkan ada rasa lemak)
4.   Daun Pandan (3 helai dikoyak dan disimpul siap2)
5.   Air sikit (untuk bergabung dengan santan pekat)

Step 2:

Beras pulut perlu dibasuh dulu dan direndam semalaman .

Step 3:

Mula memasak, panaskan api sederhana. Dan masukkan pulut yang direndam semalaman bersama semua bahan2 di atas. 
** Santan + Air setakat paras pulut saja. **

Step 4:

Kacau pulut sehingga pulut jadi 1/2 masak dan santan dah sebati dengan pulut. Kena kacau selalu untuk elak pulut hangit dan bagi masak sekata. Api pun kena jaga juga ye.
** Dah siap pulut kita, yeaaaa... **

Tutup api dan sejukkan dulu sebelum mula proses membalut ketupat.

Proses Membalut Ketupat Palas Bersama Pulut Susu

Step 1:

Bukakan dulu daun palas yang kita balut sebelum ni dan terbalikkan (tulang daun ke luar). Step balut sama macam balut untuk lentur daun.

Buat bentuk kon dan bucunya lipat sikit sebab tak nak pulut kita keluar bila rebus.

Step 2:

Masukkan pulut dalam kon daun tu, bagi kejap (padat).

Jangan pulak terlalu kjap, sat gi tak masak2, gas pulak habis.

Step 3:

Terus balut daun macam dalam gambar di bawah. Nak lebih jelas cara balut, tengok di SINI.






Ok, dah siap balut, akhir sekali ikat dan potong lebihan daun tu.

Selesai, dah boleh masak. Gambar masak dan siap masak ntah simpan kat mana. klu jumpa, Paparea update lagi na...

Ni pembantu Paparea yang tak berenti mengacau.





Tengok apa dia buat, lunyai habis pulut dia balut.


Untuk Raya Tahun 2021 ini,

Paparea ada buatkan video Cara Masak Pulut Ketupat Palas di Youtube Channel kami, MamaPapa Rea YouTube. Klik Video di bawah ni ya. Jangan lupa Subscribe, Like , Share & Komen ya.. TQ


Carian Yang Berkaitan:

1.   Resipi pulut ketupat
2.   Pulut ketupat palas
3.   Ketupat palas jantan
4.   Cara buat ketupat palas utara
5.   Cara balut ketupat palas
6.  Cara mudah dan senang buat ketupat palas.

Sekian, Thanks uolls sudi layan Blog MamaPapaRea.

Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya Aidilfitri

By:

PapaRea

18 ulasan:

  1. Terbaikk!!! Terima kasih berkongsi ilmu. Says dari zero, dah mampu buat ketupat palas sendiri & family pon dapat enjoy sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Aisya Amin. kalu dah boleh buat ketupat tu, kiranya kita sama2 berjaya dalam perkongsian ilmu ni. apa2 pun terima kasih sudi singgah Blog kami...

      Padam
    2. Assalamualaikum days kawin
      Ngan orang utara...tak pernah buat ketupat palas sentiasa mak mentua bekalkan TQ info ni Moga Allah YG membalasnya

      Padam
    3. Waalaikumussalam. Alhamdulillah, TQ Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  2. Salam.. maaf tumpang Tanya.. kenapa kena terbalikkan daun yang dianyam awal tadi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm tsd.

      Sbb kena terbalikkan tu, pada mulanya kita lenturkan daun palas muka daun yang dalam di luar, bila nak masukkan pulut, di terbalikkan, yang muka daun dluar tu kembali ke dalam. Proses ni Paparea nak lenturkan daun tu bagi lembut & mudah.

      Padam
  3. Tqvm bagus sgt kongsi kat sini, nk kna buat sllu bg balutan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama² sud@is. Tiap kali raya mesti buat. Lama² mantap la balutan tu. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  4. Tq sangat2 sebab sudi kongsi ilmu. Saya ni pun baru nk bljr buat. Minta halalkan resepi ya. Moga Allah murahkan rezeki puan sekeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sama² zm. Kongsi mn² yg patut dkongsi. Aminnn, TQ zm. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  5. Nak minta kebenaran guna @ kongsi resepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye, boleh. Nt kasi la kredit blog kami. Sama2 naik. 😆😆😆... Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  6. Saya tangan kidal.klu balut jadi ketupat betina. Harap2 saya blh buat elok dgn step ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye, sama saja. Cuma lihat btul2 lipatan dia. Yg wat jadi betina tu lipatan lepas bentik corong tu. Try the best k. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  7. Nk tnya dh lepas kita bbuh pulut dlm ketupat tu kena rebus atau kukus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, kedua² cara tu boleh. Ikut mana yang rasa boleh buat asalkan air cukup. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...