Ahad, 8 April 2018

ASB ONLINE (MYASNB) : CARA BUAT PINDAHAN (TRANSFER) UNTUK TAMBAH PELABURAN AKAUN ASB SECARA ONLINE

 
Apa khabar semua? Harap semua sihat2 belaka. Amin….


Hari ni Paparea nak share tentang cara nak buat pindahan (transfer) untuk tambah pelaburan akaun ASB secara online guna MyASNB ni.

Cara dia sama je dengan internet banking, transfer akaun ke akaun lain. Tapi wajib ada internet banking la contoh maybank2u, cimbclicks, affinonline dan macam2 lagi bank. Untuk proses di MyASNB ni, ia menggunakan sistem FPX Perbankan Internet.

Apa itu FPX?
1. FPX ialah Financial Process Exchange atau Proses Pertukaran Kewangan atau lebih faham ia adalah sistem pembayaran online di Negara kita Malaysia.
2. Pembayaran melalui FPX ini memberi pilihan kepada pengguna untuk membayar pelbagai perkhidmatan melalui fasiliti yang mudah dan selamat.
3. Ia juga disokong dalam sistem Kementerian e-gov mahupun syarikat swasta yang berdaftar khas dengan bank negara.

Sebagai peringatan pada semua, yang penting, berhati2 bila membuat setiap pembayaran. Kalau tersilap, nak dapat balik duit, hmmmm…

Jadi, berhati2 dalam meletakkan jumlah bayaran dan no. akaun tu. Pastikan semuanya betul. Ini ada beberapa contoh internet banking macam gambar di bawah:

1. Had pembayaran melalui bank bergantung pada had pengeluaran yang ditetapkan bagi setiap transaksi oleh bank itu sendiri.
2. Kita perlu ada akaun perbankan internet dengan mana2 bank berikut untuk buat pembayaran.

Kalau tak da, boleh juga nak transfer tapi terpaksa guna cara lama la, p mana2 kaunter ASNB. Hehehe…

Jom start

Ni Paparea kongsikan cara tambah pelaburan ke akaun sendiri dan juga tambah pelaburan ke akaun anak2.

Kita mula dengan Akaun ASB Sendiri dulu.

1. Seperti biasa, buka laman web MyASNB dan Log Masuk. Kalau korang masih belum daftar MyASNB ni, sila klik Link di bawah.


2. Bila dah masuk, klik pada bahagian PELABURAN TAMBAHAN.


3. Bila keluar page  ni, baca soalan tu. Jawab Ya ataupun Tidak, then klik SETERUSNYA.

4. Di bahagian Pengistiharan ni, ada 2 kenyataan. Kalau rajin baca, kalau malas pun takpa. Tapi baik baca cikit la, ada la faham jugak.
Tanda di kotak kecil bawah and  Klik SETERUSNYA.

Sebarang urusan pertambahan pelaburan melalui Portal MyASNB ini tidak dikenakan kadar caj kecuali pindahan melalui internet banking saja dikenakan caj RM1.00 untuk 1 transaksi.
Untuk bahagian ni, ada diterangkan jumlah pelaburan MINIMUN dan MAKSIMUN. Untuk proses pertambahan pelaburan melalui portal ini mesti seperti dibawah:
  • Pelaburan Tambahan Minimun   -   RM100.00
  • Pelaburan Tambahan Maksimum   -   RM30,000.00 (tertakluk kepada saiz tabung ASB)
Penggunaan portal ini mungkin berbeza dari urusan di kaunter dari segi had pelaburan tambahan tu.

5. Di bahagian Pelaburan Tambahan ni, masukkan jumlah berapa korang nak transfer ke akaun ASB korang. Lepas tu klik SETERUSNYA.

6. Untuk Pengesahan, masukkan karakter seperti imej yang diberi. Klik SETERUSNYA.

7. Ini Bahagian untuk proses pembayaran melalui FPX Internet Banking. Tempoh masa hanya 15 minit saja. Kalau lebih dari tu, kena mula dari awal.

8. Pastikan semua butiran yang dimasukkan betul dan pastikan jumlah pelaburan tu betul. Klik PROCEED TO PAY.

9. Pilih bank korang and  masukkan emel korang sekali. Klik Agree And Continue.

10. Automatik keluar online bank korang. Yang ni korang isi la untuk proceed transfer duit tu. Yang mana ada mesti dah tau kan caranya. Tak payah cerita la nooo.

11. Bila pembayaran tadi success, kembali ke FPX Payment Details. Klik pada bahagian Click Here To Complete Your Transaction.

12. Ini adalah Resit Transaksi bagi pertambahan pelaburan yang kita buat tadi. Ia sebagai bukti pembayaran dan di sini tercatat semua seperti no rujukan, jumlah, tarikh transaksi.

13. Dah boleh semak melalui menu tab Rekod Urusniaga MyASNB.

Ok, selesai sudah perkongsian cara tambah pelaburan ke akaun ASB sendiri.

Seterusnya, cara tambah @ transfer ke akaun anak2 pulak. Step dia sama saja cuma berbeza sikit ja di bahagian Pelaburan Tambahan.

1. Fisrt, buka menu Bijak / Remaja untuk akaun anak2. Pilih salah satu akaun (jika akaun lebih dari satu). Klik pada PELABURAN TAMBAHAN.

2. Bahagian pengistiharan sama, tanda di kotak kecil bawah and  Klik SETERUSNYA.

3. Di Pelaburan Tambahan ni ada cikit beza dari pindahan ke akaun sendiri. Masukkan amaun yang nak ditambah. Klik SETERUSNYA.

4. Lakukan seperti pindahan ke akaun sendiri (no.6 - no.12).

5. Lepas selesai transfer, boleh la semak penyata di bahagian Rekod Urusniaga Bijak / Remaja.

6. Setiap tansaksi melalui MyASNB ni, kita akan dapat notis melalui mesej ke no telepon kita.

** PERINGATAN **
Waktu Operasi bagi segala transaksi untuk perlaburan tambahan ni adalah bermula dari 7.00 pagi hingga 6.30 petang, hari Ahad hingga Jumaat. Manakala hanya hari Sabtu Minggu Ketiga sahaja dan Tidak Termasuk Cuti Umum.

Selain dari waktu yang dinyatakan di atas, tiada sebarang urusniaga (Pelaburan Tambahan) di MyASNB kecuali untuk semakan penyata sahaja. Pada laman pertama MyASNB telah dicatat Waktu Operasinya.

Selesai semua perkongsian Cara buat Pindahan / Transfer Untuk Tambah Pelaburan Akaun ASB.

Untuk entri seterusnya, Paparea nak kongsikan cara mengatasi masalah terlupa IP Pengguna dan Lupa Katalaluan.


CARIAN YANG BERKAITAN:
1. Cara Semak Baki ASB Online
2. Cara Buat Pindahan ASB Online
3. Cara Transfer Duit ASB Online
4. Tambah Pelaburan ASB Online
5. Semak Baki Dan Penyata Online ASB
6. Tambah Duit Ke Akaun ASB Anak Secara Online

Sekian, terima kasih kerana sudi singgah Blog MamaPapaRea. Jumpa lagi di entri seterusnya. Bye2…

By:

PapaRea

90 ulasan:

  1. tq info menarik..blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Pertanyaan blh ke duit asb keluar melalui mesin atm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye, tak boleh. Perlu ke Kaunter ASNB sahaja @ mn2 ejen ASNB. TQ visit my Blog..😎😎😎

      Padam
  3. Kene charge tak maybnk2u lau pakai system ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye sidratul ayuni.
      Klu guna portal MyASNB ni xd kena cas apa²pun. Tapi klu guna onlinebanking transfer ke ASB, mmg ada cas. TQ visit my blog 😊😊😊

      Padam
    2. Sy cdangkn pihak pengurusan ASNB kne buat sistem baru trnfer dari acc asnb ke acc bank..bkn ape jimat masa lpas tu cepat..ini Klau beratur dkat bank atau PEJ pos mngbil masa sngt lama tambahan pula waktu kita nk guna duit waktu tu juga sistem ASNB korg sistem down la Line slow la..spatutnya sistem baru mkin laju dan cepat bkn mkin teruk.klau lmbat cmni baik guna buku balik. BG sy sistem baru ni xda mnunjukn sebarang perubahan..still slow

      Padam
    3. Hye. Bagus cadangan ni utk kita semua sbg pelabur. Tapi lagi bagus kalau cadangan ini dikemukakan terus ke ASNB. Sini hanya perkongsian saya sebagai seorang pengguna ASNB. Biasala itu sistem ASNB yang buat, kita terpaksa ikut saja la. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  4. Boleh x acc asb transfer p bnk lain
    Secara online

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haluuu.
      TAK BOLEH. ASB ni pelaburan, bukannya akaun simpanan bank. Nak kuar duit trpaksa melalui kaunter ASNB. ASB hya blh transfer ke smua tabung unit amanah ASNB. TQ visit my blog 😊😊😊

      Padam
  5. Selamat pagi. Nak Tanya duit dlm asb tu mmg ada ke camne ek? Then, boleh ke buat pengeluaran duit dlm tu? Curious pula SAYA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Morning. Duit ada la sama mcm akaun bank. Kalu kita simpan duit dlm ASB, pasti ada duit tu. Cuma ASB ni brbeza dgn Bank. Pengeluaran duit hya blh dkluarkan melalui khidmat kaunter sja. TQ visit my blog 😊😊

      Padam
  6. Saya dh check kt mybank2u, saya ada simpanan asnb, yg trkumpul xbyaklh, bwah rm500,boleh ke kluarkn duit tuh, ke ada had pengeluaran? Klau bleh kluar, klau gi maybank kaunter boleh ke kluarkn duit tuh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye, blh ja kuar d kaunter. Janji mesti tggal baki minimun RM10.00 dlm asb. 😁😁😁😁
      TQ visit my Blog

      Padam
  7. Hi Salam..sy Ada check Kat mybank2u sy rupanya pernah Ada simpanan asnb..tp lama dh lama x myimpan..soalan sy..
    1)adakah akaun itu masih aktif?
    2) Jika masih aktif bolehkn sy teruskan buat simpanan?
    3) bilakah keluaran duit boleh dibuat? Adakah keluaran Ada tempoh2 yg ditentukn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, Wsalam. Msti lama xmlabur ni. Jwpan utk soalan 👆👆👆

      1. Selagi ada simpanan dlm akaun ASB wlpn RM10, akaun ASB masih aktif.
      2. Ya, boleh teruskn menabung untuk masa depan.
      3. Bg akaun dewasa, tiada had @ tempoh utk pgeluaran asalkan mesti tggal baki minimun RM10 dlm akaun ASB.

      Okay, TQ visit my Blog 😊😊😊

      Padam
  8. Boleh ke duit dlm asb di transfer ke maybnk melalui myasb online


    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, tak boleh transfer ASB ke mn2 bank. Perlu melalui kaunter jugak utk pengeluaran. Buat masa ni,hanya utk sesama akaun ASNB sahaja. TQ Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  9. Hai, tips yg terbaik. Penerangan yg jelas n mudah paham. Siap ada gambar lagi. Mmg senang nk rujuk. Tq MamaPapaRea Blog

    BalasPadam
  10. boleh ke transfer duit asnb maybank ke maybank2u

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye Afrojack84. TAK BOLEH. Duit ASNB hanya boleh dikeluarkan melalui kaunter di mana² cwgn ASNB. Kalau nak transfer ke M2U, sama jugak melalui kaunter dengan cara trus ke akaun Maybank. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  11. Hello...saya nak tanya...sekarang ni kalau keluarkan duit asbn,perlu bawa buku simpanan atau guna ic ja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haluu. Skrg dah xpayah pakai buku. Hanya guna MyKad dan Borang Pengeluaran shja. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  12. helo nk tnya, mak saya dekat mekah , so saya sebagai anak boleh ke saya bawak ic mak sya untuk keluar kan duit dlm asb?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haluu alippsss. Tak Boleh. Kecuali ada sebab² tertentu wlpun waris yg tuntut. Bab ni alippsss boleh direct tya di ASNB untk keterangan lebih lanjut. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  13. Hye salam..nk tnya..klau nk trnfer duit melalui akaun cimbclick dan bpe minimum kita boleh tranfer ke akaun asb

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye, wsalam. Utk cimb, dr pengalaman, nk transfer Brp pun boleh asalkan baki dalam akaun mesti kena tgl minimun RM20.00++. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  14. Assalam ,nak tnya.. Kalau nak transfer melalui public bank online, brapa minimun kita boleh transfer ke dlm asb?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Tira. Hye. Ok, ttg ni bergantung kepada Had Limit yg dtetapkan oleh bank tersebut (PublicBank). Nak transfer banyak mana pun takda masalah. Tertakluk terma&syarat pindahan bg bank tu. Selamat Menabung. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
    2. Hello . sy nak tanya masih wujud ke akaun sy jika dulu sy pernah buka akaun asb tp under parents ( 2013 ) tp skrg sy dah 21tahun . boleh kah sya activekan @ gunaka akaun itu lagi ?

      Padam
    3. Hye, wc to mamapaparea blog. Akaun ASB kmu masih aktif. Cuma perlu kemaskini akaun sahaja dmana² cwgn ASNB. Sbnya, ada perubahan no akaun ASB & dftar email, no.tel untuk urusan online. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  15. Hai nak tanya. Kalau dah buat transaksi kat atas ni adakah bulan seterusnya dia akan auto debit? Atau buat lagi step kat atas.? Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, rasanya MyASNB takda AutoDebit. Buat mcm biasa tiap bulan. Klu m2u/cimbclick dll, boleh set autodebit. Ada la cas dia. Tq Visit My Blog 😊😊😊 pautoDebit. Buat mcm biasa tiap bulan. Klu m2u/cimbclick dll, boleh set autodebit. Ada la cas dia. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
    2. Jadi xda AutoDebit...setiap bulan kalau nk tmbh kena transfer..lpstu bank(maybank @ cimb)akan cas setiap transaksi yg dibuat...betul ka cmtu...
      kalu cmtu baik buat potongan gaji setiap bulan kan?atau potongan gaji pun kena cas juga?

      Padam
    3. Kalau nak transfer amaun kurg dr RM100, perlu melalui on9 bankin. Tp ada cas. Kalu xnak pening², baik buat potongan gaji. Tiap² bulan potong xd cas. Sb direct dr AG. @pakai MyASNB saja, tapi amaun msti RM100 ke ats. Apa² kmuskilan blh direct tya ASNB. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  16. Hai ,nk tanya berkenaan Akaun ASB sya ,adakah akaun asb tersebut masih aktif atas nama saya sendiri dan adakah masih boleh berinteraksi dgn baki yg masih ada tertinggal di dalam akaun tersebut,walaupun sudah lama sya tidak menyimpan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, YA. ASB masih aktif selagi akaun ada baki. Perlu ke ASNB utk update akaun, sbb no akaun lama sdh dtukar no akaun baru. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  17. klu nk keluarkn duit asb rm 100 ble?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, macam biasa la. Mn² cwg ASNB, Pej Pos, Bank². Melalui kaunter smua. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  18. Nk keluarkan duit kt asb tu tpi takut xde balance ..kt mana nk cek..cek my asnb ada balance lagi kang g bank nk ambik takut xleh pulak..boleh pencerahan sikit x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye, klu dftr MyASNB dh blh cek baki akaun. Klu xda, blh je cwgn ASNB, ada mesin Kiosk, pakai IC, blh semak baki terus. Nk kluar plk, mesti tgl baki RM10 dlm akaun. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  19. Hye, bole ke klau umur 17 keluarkan duit dri asnb?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, boleh tapi kena melalui penjaga@ ibu bapa sbb belum cukuo umur 18. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  20. Hello.. .kalau nak transfer duit dr bank lain ke asb boleh kan ... Yang tak boleh dr asb nak transfer ke bank lain tak bolehkan ...betul tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, YA BOLEH. Dari ASB ke Bank TIDAK BOLEH. 👍👍👍
      TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  21. Asaalam nak tye .Saya dh lama masuk asb..tapi dh lama xmelabur...rasanya 2020 tarikh matang dia..tadi godam mybnk2u cek asb ade rm8k lebih..boleh ke sya keluarkan duit tu sblum 2020 ke mcm mana..xfaham..baki asb tu mksudnya baki duit asb kite lah kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, boleh saja nak kluarkn duit tu. Pd pndapat Paparea, baik fix je dlm ASB tu & cer tambah ckit tiap². Lama² brtmbh. Guna bila kecemasan saja. Tp ikut itu hak msg². TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  22. Buat keluar duit ASB kat pejabat POS boleh kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye, boleh saja. Cuma Pej POS ada limit jugak, ada yg RM500 saja, ada yg boleh lebih brgantung pd pihak pos. TQ visit My Blog 😊😊😊 tentukan

      Padam
  23. hai nak tanya.kalau isteri buka web myasnb & tambah pelaburan guna cimbclicks suami,boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, rasanya tak boleh guna cimbclicks kalau suami tak bagi password, 😂😂😂😂😂
      Gurau ja. BOLEH ja, asalkan nilai tambahan tu mesti RM100 ke atas. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  24. Sy ada tmbh duit .. Tp kenapa xmasuk lg dlm akaun asb ? Call ASB dia kata ambik masa 24 jam . Mmg ambik masa 24 jam ke utk masuk ? Sbb haritu terus masuk je 😑

    BalasPadam
    Balasan
    1. Transfer guna portal MyASNB @ on9 banking? Paparea sblum ni pun masuk duit anak klu dr MyASNB, mmg direct masuk akaun terus, xda plk kena tgu 24jam. Mgkin ada masalah system kot masa tu. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  25. klw mcm tu mw kc keluar dri ASNB tu melalui bank sja la kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye, YA. Mcm biasa cara kluar mlalui bank, pos & mn² cwgn ASNB. Cuma sistem ni dia lebih kpd MENABUNG. Klu sistem sama bank, kejap ja hbis duit asyik kuar msuk kuar msuk, dividen pun dapat ciput. 😂😂😂😂
      TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  26. Balasan
    1. Kalau nak tahu blh p di link ni, pidahan ASB ke ASB
      https://mamapaparea.blogspot.com/2020/02/cara-buat-pindahan-asb-ibu-bapa-ke-asb-anak-yang-mudah.html?m=1

      Padam
  27. Kalau nak transfer dari akaun 2 ke akaun 1 asb boleh ke buat dari online?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye, klu antara asb2 ke asb1, boleh ja. Hanya maaukkan no akaun mn yg nak diterima masuk. Ok. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  28. nak tambah pelaburan melalui fpx memang perlu kemaskini no acc bank ke ? apa² shj no acc ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fpx ni ibarat org tgh yg urus duit. Utk no acc xperlu kemaskini d fpx. Ia direct ke online bankg utk proses pmbayaran utk pindahan. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  29. Assalamualaikum bole tak kita laburkan ke acc asb tapi gune bank lain slain maybank2u. Cthnye log in asb then laburkan dgn menggunakan bank islam ke acc asb tnpa dikenakan cas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalailumussalam, Bank Islam ada internet banking, kan. Jadi sama ja step dia. Asalkan ada bank tu onlie banking, asb pun blh guna melalui FPX utk transfer duit. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  30. nk tnya.blh tak guna bsn online banking..saya tgk senarai bank yg tuan bubuh d atas takda pun BSN??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, boleh. Asalkan BSN tu online banking ada. Blh dah guna MyASNB. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  31. Salam nk tny ckit la.. Asb husbnd nk transfer duiyt ke dlm akaun asb wife melalui myasnb blh tk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, hi anne. Ok, boleh transfer. Guna kaedah yg sama, pemindahan. Masukkan No Ahli Akaun ASB suami. Amaun mesti RM100 ke atas. Ok selamat melabur. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  32. hai. nak tanya, boleh ke kita memindahkan duit simpanan dari akaun maybank (online) ke akaun asb mak kita atau asb orang lain? dan bagaimanakah caranya jika boleh? saya dah tanya ajen asb, katanya boleh tapi dia tak ajar caranya. kalau ikut cara yang cik/puan tunjuk, dah try buat tapi yang keluar adalah asb kita sendiri. sebab asb kita dengan asb mak sama kategori. asb anak boleh pilih asb didik. kalau orang lain nak pilih apa? terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Mailin, boleh cuba melalui MYASNB. Klik pada akaun sendiri portfolio. Klik di bawah, permindahan. Ikut step, masukkan no akaun yg kita nak transfer tu. Tp perlu ada duit la dlm akaun asb kita. Rasanya dgn cara ni lbih easy dari guna M2u punya sistem. Sperti yg sis cakapkan td hanya akaun kita saja ada. Boleh try la. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  33. terima kasih d atas perkongsian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama² kasih Awanama. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  34. THANK YOUUUU..

    membantu sangat sngat info nih. dah lama cari baru jumpa..

    BalasPadam
  35. Macam mana nak buat pemindahan asb ke asb lain , boleh tunjuk cara ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai, cara dia sama ja macam di atas cuma perlu masukkan no akaun mana yang nak kita transfer. Nanti akan saya buatkan cara transfer ya. TQ visit my blog :)

      Padam
  36. Encik blh sya tau jika sya membuat perpindahan duit dr asb ke maybank kira² brpa masa yg diperlukan.. adakah 8 jam atau sebaliknya.. jika jam 7am tepat sya membuat perpindahan duit dr asb ke maybank adakah pd hr yg sma sya akan dpt atau tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, nanti saya update. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  37. Brpa tempoh masa yg diambl setelah membuat perpindahan duit dr asb ke mbb.. contoh jam 7 tepat sya membuat perpindahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Dods. nanti saya update ye. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  38. Salam.. Boleh ke dr asb kite transfer ke mbb2u..

    Ajarkan saya sis.. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, yang ni belum lagi saya buat. Untuk makluman sis, pengeluaran ASB ke mana² bank adalah had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan hanya 3 kali transaksi sahaja dengan jumlah minimun RM100. ok la dari takde kan, buleh jugak keluar terus dari nak hadap kaunter. TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. 😊😉😘

      Padam
  39. sya sudah transfer smlm tapi cek2 hari ni x msok2 lagi.. org asb cuti raya kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Olliza Migon. Transfer guna apa ya? Online Bank @ MyASNB? Cuti Raya, depa semua cuti termasuk SISTEM depa, hehehe...
      TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  40. sy dah bank transfer duit guna internet bangking cimb.Tapi mengapa duit dlm akaun asnb masih tak bertambah lagi lepas transfer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, mungkin ambil masa beberapa hari bekerja kut. nak cepat masuk guna Portal MyASNB, terus masuk bila kita dah transfer berjaya. saya guna itu saja memudahkan cara. TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. 😊😉😘

      Padam
  41. duit dah transfer ke akaun asnb tapi akaun asnb masih x masuk2 mengapa ya???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, maaf nak tanya, cik guna portal MyASNB @ Apps MyASNB @ internet Banking? Pada pengalaman saya selama dengan MyASNB ni, berjaya saja transfer tu, automatik dalam akaun ASB kita dah ada butiran transaksi tu. Tiada apa² masalah. TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. 😊😉😘

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...