Sabtu, 14 Mei 2016

KEHAMILAN : 31w 4d

Alhamdulillah.

Hari ini dah 31w lebih. Masih tertanya-tanya adakah baby girl atau baby boy. Semasa scan masih tak dapat tengok. Tak mengapalah yang penting sihat dan dipermudahkan segala urusan ye nak. Amin. Mama, papa dan Kakak Nana sayang kamu dan tak sabar nak bermain dengan adik. InsyaAllah.

Antara surah-surah yang boleh diamalkan sepanjang kehamilan ;



*pic from google


Doa Semasa Hamil :

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. 

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam."

Amin ya Rabbal alamin.

Doakan saya ye kawan-kawan.

Belanja gambar sikit...

# 16 - 17w
Papa, Mama dan Kakak Nana.

# 29-30w

Bakal jadi kakak penyayang. InsyaAllah. 


Love,

Lea



Continue Reading

Rabu, 20 April 2016

SHAMPOO TERBAIK UNTUK MENGATASI RAMBUT GUGUR : HIMALAYA HERBALS ANTI-HAIR FALL

Assalamualaikum W.B.T. semua dan salam sejahtera, 

Bukan iklan shampoo. Just sharing produk yang membantu saya. 

Rambut saya selepas 3-6 bulan melahirkan anak pertama mulai luruh, mudah putus dan banyak sangat rambut gugur. Keguguran rambut mungkin normal bila sehari dalam 100 helai macam tu.tu pun kira banyak juga. tapi rambut saya, setiap kali mandi, setiap kali sikat rambut, rambut yang gugur sangatlah banyak..sangat-sangat banyak dan merisaukan. Sampailah anak pertama dah masuk umur 8 bulan pun masih gugur walaupun saya dah tukar bermacam-macam jenis shampoo anti hair fall. Malah, pada usia rea hanna 5bulan, saya dah potong rambut pendek. Rambut saya berterusan gugur sampailah rea hanna pun masuk setahun lebih. Saya potong lagi rambut. Walau bagaimanapun, potong rambut saja tak membantu. Tetap gugur juga. Bila tengok keadaan rambut yang semakin nampak kulit kepala@ botak. so, saya google shampoo yang berkesan untuk rambut gugur. Lama jugalah menggoogle sebab kali ni, nak beli shampoo yang betul-betul mujarab. Dalam kepala, nak pakai shampoo yang Jackie Chan pakai tu.heee...

Serum pun saya pakai beli kat salon masa potong rambut. Tetapi tak membantu sangat. Rambut tetap luruh banyak.

Try this
Bila google, rata-rata blogger dan baca kat forum bagi feedback positif terhadap Shampoo Himalaya anti hair fall. Cuma ada sebahagian kata baunya kurang menyenangkan, dan rambut tak sama macam kita pakai shampoo biasa. Yes, bila saya ambil keputusan untuk beli memang betul rambut mula-mula shampoo macam keras, dan macam tak habis minyak kat kepala dia cuci. Produk berasaskan herba memang macam tu kan,hehe. Pakai cetaphil pun yang sangat minima kandungan kimianya pun macam tak cuci, tapi at the end, sangat-sangat membantu.

Saya start pakai dalam bulan Februari tahun lalu kot, yakni Feb 2015. Rea dah masuk setahun sebulan. Disebabkan risau dengan keadaan kepala yang botak setempat setempat, jadi, baik bertindak cepat. Tapi tak cepat sangatlah. Untuk mendapatkan kesan yang baik dan selamat bukanlah dalam masa yang singkat. Jadi, saya bersabar. Seminggu pakai, kuranglah sikit rambut gugur, tapi tetap gugur. Saya start tak pakai conditioner. Mungkin sebab tu rambut jadi keras tak selembut sutera macam sebelum-sebelum ini. hehe...

Then, berbulan-bulan pakai, saya nampak anak rambut mulai tumbuh dengan banyak sekali. Rambut gugur juga semakin sikit. Ops sebelum saya lupa, kulit kepala memang gatal masa mula-mula pakai. Memang gatal, disebabkan anak-anak rambut yang mulai tumbuh dengan banyak. Asyik garu kepala saja. Tapi tahan sajalah, daripada tengok rambut terus botak.

Saya pakai anti hair fall kemudian try Shampoo Himalaya yang Protein. Tapi bau shampoo protein tak berapa syok banding anti hair fall. Jadi, saya teruskan pakai anti hair fall sampailah sekarang..Dah April 2016..Lama saya pakai dan mungkin akan terus pakai, sebab mana tahu rambut gugur pula lepas lahirkan anak nanti. Tambah conditioner sebenarnya rambut lagi cantik. hehe..

Conditioner menghaluskan rambut
Kesimpulannya, shampoo himalaya memang terbaik untuk mengatasi masalah rambut gugur. Selamat dan berkesan. Tiada lagi rambut gugur pun lepas tu. Alhamdulillah, saya jumpa produk yang serasi dengan saya walaupun harganya agak mahal sedikit berbanding shampo-shampoo yang saya cuba sebelum ini tapi sangat-sangat berbaloi. Lagipun, tak mahal banyak..sikiittttt je. Boleh beli di Watson@Guardian. Saya beli baru-baru ini dalam RM24.88 di Guardian. Love it. Sometimes, pengalaman orang lain sangat-sangat membantu kita yang kadangkala dah tak tahu nak buat apa, tak tahu nak pilih mana satu. So, saya tulis untuk sesiapa yang nak cuba atasi masalah seperti saya. Tapi kalau tak membantu, I am Sorry......ini menurut pengalaman saya sahaja k.


Secara ringkas,

Start pakai
1. kulit kepala gatal
2. rambut jadi keras sedikit tak seperti pakai shampoo lain, tapi kalau tambah conditioner, lagi bagus.

Lama-lama pakai
1. rambut gugur berkurangan hingga tak ada rambut gugur bila dah lama-lama pakai.
2. Rambut kembali lebat dan hitam.

So, anda semua pasti akan suka. Saya cuci rambut sehari sekali. Hehe. Tengok pada keadaan. paling lama, 2 hari sekali.

okey, sampai sini dulu. 

Love.



Continue Reading

Ahad, 13 Mac 2016

RESIPI AYAM MASAK BUTTER ( BUTTER CHICKEN ) SIMPLE DAN SEDAP..YUMMY!!!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,




Hari ini saja nak share resipi yang adik saya ajarkan dulu pada saya. Cuma resipinya saya dah ubahsuai mengikut citarasa saya dan suami. Almaklumlah, suami saya tak suka isi ayam semata. Dia suka bahagian-bahagian tertentu dan tidak gemarkan dada ayam. Huhuhu. Saya dah banyak kali buat hidangan ini sebab saya suka susu. Jadi banyak makanan berkaitan susu saya akan makan. Resipi ini saya suka ia cair sedikit sebab saya suka kuahnya.

First time buat dulu, saya gunakan isi ayam. Bagi saya yang gemarkan isi ayam pula, rasanya tetap sedap. Ia bergantung kepada anda sama ada nak guna isi ayam atau bahagian-bahagian ayam lain seperti paha dan sayap ayam.  So, silakanlah mencuba jika teringin.

Bahan-bahan :

Ayam ( Paha dan sayap, nak guna isi ayam saja pun boleh )
Tepung jagung ( Jika tiada, boleh ganti tepung kentucky)
1 biji telur
1 SK serbuk kari
150ml susu cair ( atau ikut kuantiti ayam )
2 SB butter
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3-5 biji cili padi ( ikut citarasa pedas )
1 SB gula
1 SK garam




Cara Penyediaan :

1. Perapkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kari.
2. Celup ayam ke dalam telur dan golekkan ke dalam tepung serta goreng hingga masak.


3. Apabila dah goreng semua, sediakan bahan untuk kuah.
4. Masukkan butter tadi. Api sederhana.

\

5. Masukkan bawang putih yang dicincang, kemudian masukkan cili padi.




6. Masukkan daun kari. Gaul hingga naik bau. Kemudian masukkan susu cair dan gaul rata.



7. Masukkan gula dan garam ikut citarasa anda.
8. Masukkan ayam yang sudah siap digoreng tadi dan gaul sebati.


Siap..Taraaa!!!!




Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...