Rabu, 27 Mac 2019

1001 TIPS KECANTIKAN KAK LEA : DOUBLE CLEANSING METHOD ( APA ITU DOUBLE CLEANSING )




Pernah dengar tak tentang double cleasing?
Ada yang dah lama tahu, dan ada yang baru dengar macam saya ni.

Alhamdulillah dah pakai hampir empat bulan HADA LABO cleansing oil ni. Boleh baca tentang HADA CLEANSING OIL REVIEW. Yang pasti best sangat!!!

Ok. Saya hari ni nak ringkas2 je. Ringkas tapi padat dengan isi. InsyaAllah. 

APA ITU DOUBLE CLEANSING METHOD?

Mudah je. Maksudnya, kita cuci muka dua kali (2 step). Saya kadang triple hehe.

Cara double cleansing?

1 guna oil based cleanser/ PENCUCI BERASASKAN MINYAK
2 guna water based cleanser/ PENCUCI BERASASKAN AIR


1. GUNA CLEANSING OIL - OIL BASED CLEANSER

Oil cleansing ni biasanya dia tulis cleansing oil/balm

Step ni untuk cuci muka dan bersihkan kulit wajah kita daripada segala kotoran berasaskan minyak seperti mekap, sunscreen/sunblock, minyak daripada peluh(sebum) dan apa-apa sahaja berkaitan dengan minyak yang ada kat kulit muka ni tanpa meninggalkan sisa kotoran minyak.

Emm, kalau pakai pelembap dengan sunblock je perlu ke?

YES, perlu sangat walaupun tak mekap.  Nanti kotoran masih ada kat pori-pori lagi-lagi sunblock waterproof tu.. Sebelum ni saya tak tahu menahu langsung! Hehe..

Apa? Pelembap, sunblock pun tak pakai?

Eh, janganlah…ni wajib pakai k. Satg p beli kat watson/guardian atau online yang bahan dia bagus untuk kulit na.  Kalau malas, boleh pakai YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZERS (SPF50). Dah ada pelembap dengan sunblock sekali ye.

Kalau pakai pemcuci muka je tak perlu pakai cleansing oil ni?

Boleh je,tapi tak berapa bersih sangat. Time kita gosok-gosok pencuci muka sampai berbuih kat muka dengan banyaknya tu rasa macam dah cuci bersih kan. Kulit pun dah rasa macam kering je bersih dari kotoran. Sebenarnya tak bersih lagi. Bila tak bersih boleh menyebabkan jerawat, blackhead, whitehead, kusam2 dan apa lagi? Lagi berminyak kulit macam saya dulu-dulu zaman tak kahwin lagi ni. Teruk sangat.

2. CUCI MUKA GUNA WATER BASED

Water based cleanser ni biasanya tulis - facial wash, foam, gel, milk, etc.

Yang ini kena buat juga untuk tanggalkan segala sisa kotoran yang tadilah, ada sisa lagi tau untuk kotoran berasaskan air seperti debu-debu yang melekat kat kulit, peluh dan sel-sel kulit mati.

Lepas dah basuh guna dua step ni, barulah kulit kita akan bersih sebersihnya daripada segala kotoran yang melekat kat kulit muka kita tadi.

Bila dah bersih, insyaAllah kita akan dapat result yang best/effective untuk kulit kita.


SIAPA YANG PERLU DOUBLE CLEANSING NI?

Kesemua orang yang dah start pakai pelembap /SPFs semua tu. Lelaki atau perempuan, suka atau tak suka mekap, apapun jenis kulit kena guna method ni ok kalau nak lagi bersih lagi-lagi pori besar macam saya ni…

CARA GUNA?

Sebelum nak masuk tidur tu, pakai oil cleansing ni. 1-2pump. Tangan dan muka kena bersih dan kering baru apply kat muka. Gosok2 kat seluruh muka. Letak air sikit gosok lagi sampai jadi milky untuk senang nak cuci kesan2 kotoran tu lagi. Dah rasa habis gosok segala oil impurities, barulah cuci pakai air bersih.

Kemudian baru cuci muka lagi dengan pencuci muka biasa korang pakai. Pencuci pun pakailah yang gentle kat kulit nah. Tak  mau lah yang kuat sangat sampai skin barrier habis hancoq

Siap. Boleh pi tidoq dengan tenang:)

SO, CLEANSING OIL MANA YANG TERBAIK ?

Pilih  mana yang berkenan dan sesuai dengan skin concern korang nah. Hari tu saya pilih HADA LABO CLEANSING OIL (klik untuk lihat REVIEW ikhlas saya)

KELEBIHAN/KEKURANGAN (BERDASARKAN CLEANSING OIL PILIHAN SAYA)

PROs

1. Kulit muka lagi bersih menyenangkan kita untuk jaga, lebih lembut okey
2. Mudah dan cepat sangat k (suka!).
3. Tak perlu pakai kapas tuang menuang uolsss (suka!)- untuk mekap yang tak heavy sangatlah
4. Sihatkan kulit, sebab pori-pori lebih bersih
5. Risiko masalah kulit semakin berkurang
Dan banyak lagi

Muka nanti glowing macam orang korea. Depa memang skincare routine sangat konsisten.

Kita pun kenalah rajin supaya kulit kita tak terdedah kepada risiko kulit bermasalah spt:

1. Kesan penuaan yang lebih cepat spt garisan penuaan, kedutan dsb - jadi rutin penjagaan yang baik akan lambatkan proses penuaan, bukan tak tua ye. Tapi lambat sikit drp biasa (makan supplement sangat membantu)
2. Risiko masalah kulit spt blackhead, whitehead, jerawat, pigmentasi dsb kalau tak jaga.

CONs

1. Mahal sikitlah tapi ada yang murah juga macam BIORE. Pilih mengikut bajet dan juga keperluan kulit. (maybe next time nak try jugak ni!)
2. Susah nak pilih yang benar-benar sesuai, kena try and error ikut skin concern memasing.

Tu je kot buat masa ni, heee…

OIL CLEANSER YANG MANA SESUAI DENGAN JENIS KULIT?

Semua jenis kulit boleh pakai oil cleanser. Tapi tengok bahan dia jugalah ye. Yang penting kena dan sesuai dengan apa keperluan kulit kita, contohnya yang pori-pori besar bolehlah elak bahan yang menyumbat pori ye. 

BOLEH DAPAT KAT MANA?

Watson, guardian, farmasi pun ada. Online pun ada. Harga je beza-beza. Beli time SALE lebih jimat. Hari tu, saya beli kat Guardian hehe

Contoh cleansing oil yang ada di pasaran
Biore
Hada labo
Simple
Nutox

Banyak lagi.

Jumpa lagi next entri k, bye

Wassalam.

SEBELUM TU, NAK HABAQ KULIT KITA BERBEZA-BEZA MAKA IA MUNGKIN BERBEZA REAKSI KE ATAS KULIT MASING-MASING OK.


Love MamaRea
xoxo. 





Continue Reading

Sabtu, 24 November 2018

CARA DAFTAR ADAM50 (AKAUN ASB) UNTUK ANAK PALING MUDAH



Hai semua, apa khabar? Lama Paparea tak ON blog ni. Biasa la sibuk memanjang, anak dah 3, saling tolong menolong ler dengan MamaRea wat keja rumah ni.

Baru2 ni Tanggal 19 April 2018, lahirlah seorang lagi putera dalam MamaPapaRea Family, anak yang ketiga, yang diberi nama
REA AYDAN DARWISH

Alang2 dah tunjuk, Paparea belanja cikit gambar kami.
* 1st Day, baru beberapa jam kelahiran darwish *

* Kaka Nana nak bergambar dengan adik *

* Hari 1st bawa darwish cek kuning di KK KP *

Ni gambar Last Day amik darah cek kuning (jaundice) bilirubin.

Alhamdulillah, semua lancar dan dipermudahkan dari mula baby lahir hinggalah sekarang.

Kalau nak tahu bab urusan uri anak & sijil lahir anak bolehla klik LINK di bawah ni. Tambahan nak tahu cara buka akaun ASB anak pun ada.




Untuk entri kali ni , Paparea nak kongsikan sedikit cara untuk mendaftar ADAM50 untuk anak. Paparea nak kongsi ni sebab anak paparea lahir bulan 4 tahun 2018, jadi confirm dah layak untuk ADAM50 ni. Rezeki depan mata jangan ditolak. Alhamdulillah.

...Kurang Sambutan, Program ADAM50 DITAMATKAN...
 Tiada Lagi Insentif RM200 untuk Anak...hmmmmm

Apa itu Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)?
ADAM50 merupakan satu program baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) kepada semua bayi warganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022. Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia daripada seawal usia baru lahir, dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan. Unit insentif percuma akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera setelah proses pendaftaran dibuat di Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Ejen ASNB.

Syarat2 untuk pendaftaran ADAM50 ni, Umur anak tidak melebihi 1 tahun dari tarikh anak dilahirkan.

Kalu korang semua nak tahu lebih lanjut tentang ADAM50 ni, boleh layari laman ASNB di http://www.asnb.com.my/v3_/adam50.php. Dalam ni, semua jawapan korang boleh tahu tentang ADAM50 ni.

Ok, jom terus ke perkongsian ADAM50 ni.

Sebelum mula proses ni, kenala ada Sijil Kelahiran Anak @ MyKid anak dulu. Semasa Paparea buat sijil lahir anak di JPN, staff di sana akan bagi kita boring daftar kelahiran dan diselit bersama boring ADAM50 ni. Nak isi terus pun boleh. Nanti pihak ASNB negeri akan datang collect borang tersebut. Tapi Paparea tak isi pun, klu isi jugak, boleh, tapi kena jugak pegi ke ASNB. Baik selesaikan dulu bab sijil lahir ni.

Lagi satu, untuk memudahkan proses mendaftar ADAM50 ni, perlu ada MyKid. Sijil lahir saja pun ok. Nak cepat dapat MyKid, baik pegi buat d UTC JPN. Di sana, tak sampai 2jam dah siap MyKid. Kalu di JPN, sebulan jugak la nak dapat. Tapi bergantung la pada tempat korang.

Step 1:

Pergi ke mana2 cawangan ASNB. Sediakan Mykad Ibu Bapa, MyKid @ Sijil Kelahiran anak dan jugak sebatang PEN HITAM. Bawa la pen sendiri, maklumlah di ASNB pen disediakan, tapi ramai yang nak guna, dari nak tunggu pen tu baik bawa sendiri dari duk buang masa nak berebut sebatang pen tadi tu.

Step 2:

Maklumkan pada staff ASNB untuk daftar ADAM50 anak. Akan diberikan DUA Borang untuk diisi iaitu Borang Pendaftaran Akaun melalui Insentif Percuma (ADAM50) dan FATCA & CRS Declaration Form. Borang2nya macam dibawah.
Borang Pendaftaran Akaun melalui Insentif Percuma (ADAM50) - 2 page

FATCA & CRS Declaration Form - 4 page

Borang2 ni korang boleh terus download and print. Buat siap2 di rumah, borang fotostat pun xpa asalkan print out depan belakang. Ni Paparea sediakan LINK untuk download borang ni.

Kalu nak tahu dari mana sumber ni, boleh ke laman di bawah ni

Di ASNB pun borang fotostat jugak. Ini contoh borang yang Paparea isi di ASNB.

Kalau korang ada nak tambah lebih lagi boleh la isi borang ini. Tambah seberapa yang korang nak.
** Borang Pelaburan - ASNB PT **

Step 3:

Bila dah siap isi semua butiran. Amik nombor giliran.

Tunggu sehingga no kita dipanggil. Serah semua dokumentasi pada staff di kaunter. nanti depa urus semua.

Selesai semuanya, dah siap pendaftaran ni.

Untuk makluman korang semua Duit Insentif RM200 ni xboleh amik tau, dividen dia pun sama. Yang hanya boleh amik duit tambahan yang kita masukkan sahaja boleh dikeluarkan. Nak RM200 ni tunggu anak berumur 18 tahun. Baru boleh amik duit ini dan dividen bagi insentif ini.

Jadi korang dah boleh semak akaun anak yang baru daftar ni menggunakan Portal MYASNB. Masuk ke LINK ini https://www.myasnb.com.my

kalau korang masih belum daftar MyASNB boleh ke LINK ini. http://mamapaparea.blogspot.com/2018/04/cara-daftar-portal-myasnb-asb-online.html

Di dalam MyASNB akan terus tercatat maklumat akaun ASB anak yang kita daftar.

Korang boleh tengok insentif RM200 tu di Blok. Yang penting dah selesai semua.

Ohya, pada yang mana teringin nak buka akaun ASB untuk anak @ pun diri sendiri boleh ke entri tentang ASB. Boleh Klik LINK di bawah ni.

CARA BUKA AKAUN ASB UNTUK ANAK (AKAUN BIJAK/REMAJA)


Okay la, setakat ini jela Paparea boleh kongsikan cara mendaftar ADAM50 untuk semua.

CARIAN YANG BERKAITAN:
1. Cara Daftar ADAM50 dengan mudah
2. Cara untuk daftar Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)
3. Cara mohon skim ADAM50 Amanah Dana Anak Malaysia 2050
4. Bagaimana nak dapat duit RM200 ADAM50?
5. Cara Buka Akaun ADAM50 Untuk Anak
6. Insentif ADAM50 Rm200 untuk anak

Sekian, terima kasih kerana sudi singgah Blog MamaPapaRea kami ni. Jumpa lagi di entri seterusnya.

By:

PapaRea

Continue Reading

Jumaat, 27 Julai 2018

CARA DAFTAR SIJIL KELAHIRAN ANAK PALING SENANG


Assalamualaikum, Alhamdulillah sudah seminggu umur anak kecil Paparea.
** Paparea belanja sikit gambar kami **
** 20 April 2018 1st Day check kuning di Klinik KKP **

Dah masuk hari yang ke-7 , tiba la tanggungjawab Ibu Bapa untuk Daftar Anak di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) Sijil Kelahiran dan MyKid.

Paparea nak kongsi pengalaman Cara Daftar Sijil Kelahiran Anak Paling Senang.

Semasa proses keluar dari wad bersalin, nurse akan serahkan SATU Sampul Surat Putih (Urusan Seri Paduka Baginda). Dan pada sampul tu ada di cop arahan pendaftaran sijil kelahiran seperti gambar di bawah:

Arahan yang tertulis pada sampul tu berkenaan pendaftaran kelahiran.

Baca dan sediakan segala dokumen yang diperlukan seperti yang diarahkan.

1. Sampul Surat Putih dari Hospital.
2. Mykad Ibu & Bapa - (Asal & Salinan)
3. Sijil Nikah / Kahwin - (Asal & Salinan)
4. Mykad Pemaklum (Selain Ibu Bapa/Penjaga) - (Asal & Salinan)
5. Buku Pranatal (Buku Pink) - (Asal & Salinan)
a.   Muka Hadapan

b.     Pemeriksaan Pertama

c.      Perihal Kelahiran

Semua dokumen yang diperlukan, pastikan wajib ada salinan fotostat. Kena ada bersama2 Dokumen Asal @ Ori dan juga salinan.

Bila semua dah ready¸boleh la ke mana2 JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).
Paparea bawa My Princess Rea Hanna Sophea jadi peneman.

Pertama kali sebelum buat pendaftaran, pegi ke kaunter khidmat pelanggan untuk amik nombor giliran. Segala dokumen untuk permohonan sijil kelahiran akan disemak terlebih dahulu. Waktu tu, sampul putih akan dibuka di hadapan kita.

Untuk pendaftaran ini tak dikenakan sebarang bayaran pun kecuali kalau lewat daftar dari tempoh yang ditetapkan.

Dalam sampul tu terdapat borang Daftar Kelahiran / Daftar Kematian yang di isi oleh staf hospital yang mengurus proses kelahiran anak kita dan Borang Pengesahan Kelahiran.
* Page 1 *
** Page 2 **
** Borang Pengesahan Kelahiran **

Isi bagi lengkap semua.

Dah siap, tunggu sehingga no. giliran kita dipanggil.

Dah sampai giliran kita, serah semua borang serta dokumen yang diperlukan buku pink apa semua tu. Pegawai JPN tu akan semak dan terus proses. Staf tu akan Print Out  satu salinan sijil kelahiran. Untuk salinan tu, dia minta kita semak buat kali terakhir. Semak Nama, Alamat dan butiran dalam salinan tu betul seperti yang kita mohon.

Kalau ada salah, terus perbetulkan pada helaian tu, catatkan perkara yang betul. Kalau tiada salah, terus tandatangan yang mengesahkan setiap catatan dalam helaian tu, betul.

** Peringatan **
Nak ingatkan pada bahagian maklumat ibu pada borang daftar kelahiran tu, lihat pada alamat, bahagian tu bukannya isi alamat ibu. Tetapi alamat anak kita. Maksudnya, alamat tempat tinggal tetap kita.
Sebab, Paparea kali kedua silap isi bahagian ni, isteri orang sabahan, jadi alamat Sabah ler. Terus je isi alamat sana. Jadi salah la, isi balik alamat yang betul dengan tandatangan kecik/ringkas pada yang salah tu.

Ok, selesai dah daftar sijil kelahiran anak. Lebih kurang 30 minit proses untuk dapat sijil ni.

Oh ya, mesti korang tertanya2 tentang MyKid kan? MyKid boleh terus buat bersama2 Sijil Kelahiran tu Cuma di JPN sini, proses untuk MyKid amik masa 1-2 bulan untuk siap. Pegawai JPN cakap, kalau nak cepat siap, boleh ke UTC negeri. Kat sana boleh dapat segera MyKid tu.

Jadi dengan kadar segera Paparea terus ke UTC (Urban Transformation Centre) Pusat Transformasi Bandar.

Seperti biasa, amik no. giliran ke kaunter JPN. Untuk buat Mykid ni, perlulah isi Borang Permohonan MyKid dan sertakan Sijil Kelahiran Asal dan MyKad Bapa@Penjaga. Borang tu akan di beri oleh pegawai yang jaga di kaunter khidmat pelanggan tempat amik no. giliran tu.
** Borang Permohonan Mykid **

Dah sampai no. kita ke kaunter, serah borang dan sijil lahir asal serta Mykad kita. Tunggu proses tu dalam tempoh 2 jam macam tu, terus dapat Mykid.

Dah siap MyKid.

Jadi selesai sudah Cara Daftar Kelahiran Dan Juga Mykid. Mudah je kan.
Nak belanja gambar Paparea & Kaka Nana.

Untuk keterangan secara lebih jelas, boleh layari laman ni

Dalam ni semuanya tentang proses untuk Pendaftaran Sijil Kelahiran.

CARIAN YANG BERKAITAN :

1. Cara Daftar Sijil Kelahiran Anak
2. Cara Buat MyKid Anak
3. Cara Pendaftaran Sijil Kelahiran Anak Baru Lahir
4. Keperluan Untuk Daftar Sijil Kelahiran Anak

Sekian saja untuk entri ni, nantikan pelbagai lagi tips, resipi, kesihatan dan macam2 lagi di entri seterusnya dari kami MamaPapaRea. Bye2 dan jumpa lagi.

By:

PapaRea
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...