Monday, 14 August 2017

CARA BUAT KETUPAT PALAS PALING MUDAH FAHAM (GAMBAR DAN VIDEO) : EDISI RAYA 2017 PART 1

 
Apa khabar semua? Hari ni Paparea nak kongsi Cara Buat Ketupat Palas Paling Mudah Faham untuk korang semua. Paparea kongsi siap sekali gambar dan video, memang mudahla korang buat nanti. Step yang paling senang, slowmotion punya video. Awal bulan September nanti dah nak sambut Hari Raya Haji @ Aidiladha, jadi entri ni sebagai persiapan kita untuk juadah raya. Video membalut ketupat palas ni Edisi Raya Tahun 2017, yang baru saja lepas. Yang entri sebelum ni punya edisi tahun 2016. Masa tu princess Paparea, Rea Hanna Sophea berumur 2 tahun. Kalau nak tengok entri tu, boleh klik LINK ni, CARA BUAT KETUPAT PALAS JANTAN PALING MUDAH.
Dia minat sungguh la kalau bab2 ketupat ni, tapi mengacau adala. Kita sebagai ibu bapa kena rajin2 la dedahkan pada anak2 supaya bila mai besar nanti, depa boleh buat sendiri. Juadah ni wajib tau dah jadi tradisi keluarga, tak ada ni tak raya lah. hehe

Okay, kalau korang tengok entri yang lepas tentang ketupat ni, Paparea hanya kongsi gambar bagi setiap step lipatan. Untuk kali ni lebih advance lagi lah siap dengan video. Memang lagi mudah korang faham.

Kita mulakan dengan...

CARA MEMBUKA DAUN PALAS DAN MELENTUR DAUN KETUPAT

Yang pertama semestinya korang perlu cari dulu daun palas. Cari yang sederhana saja. Macam gambar di bawah ni, Paparea beli di tepi jalan ja, Harganya RM4 seikat. Murah ja.
Masa memilih daun ketupat ni, perlu diingatkan beli yang sepatutnya. Amik yang perlu sahaja bergantung kepada kuantiti pulut yang kita nak masak nanti. Kalau nak buat sekilo pulut, beli seikat sahaja pun dah cukup.

Beli yang sederhana, panjang lebih kurang 60-80 cm macam tu. Tak payah panjang sangat nanti membazir. Daun tu jugak pilih yang gemuk2 (yang banyak daun) dan lebar daun tu lebih kurang 1.5 cm. Ni Paparea punya style kalau bab memilih daun palas ni.
Sebelum mula buka daun palas, guna la sarung tangan dan sediakan kain tuala yang bersih untuk mengelap daun dari habuk2 yang ada di dalamnya. Gunting pun kena ada.

Buka daun palas dan ceraikan satu per satu helaian daun. Kemudian, potong sikit di hujung daun tu.
Kenapa perlu potong hujung daun tu? Mesti la untuk lebih bersih dan lebih kemas.

Bila dah buka, lebarkan daun tu. Ni Paparea kasi tunjuk saiz daun yang paling sesuai dan cantik. Saiz lebarnya macam gambar di bawah. Kalau korang tak kisah saiznya, boleh saja, kecik ka besar ka, janji menjadi. Kalau ada daun yang besar, koyak sikit buang yang selebihnya tu, jadikan saiz biasa.
Nak Enterframe sikit, Paparea bersama Rea Adam Daniyal. Huhuhu...
Ni Cara balut Ketupat Palas, saksikan dengan penuh khusyuk.
Amacam, boleh faham tak? Kalau tak dapat, ulang lagi video ni sampai korang boleh buat ok. Kalau tak boleh ikut jugak try tengok entri sebelum ni.

Ni satu, My Baby Boy Daniyal ni takda kerja lain,  asyik mengacau ja. Ada anak kecik macam ni la kan. Kakaknya di ruang tamu tengok cerita favourite Movie dia, Minions. Hari2 nengok. Kita yang jemu pun layan jugak la sama2.
Bila dah siap balut, simpan untuk sementara tunggu masak pulut pula nanti.
Untuk menyimpan daun ketupat ni, perlu simpan dalam satu bekas @ raga dibalut dengan kain tuala basah @ lembap.
Kenapa perlu simpan dalam kain lembap? Sebabnya ialah untuk kekalkan kesegaran daun palas tu. Kalau dibiarkan di luar, daun palas tu akan kering dan layu, nanti susah nak buat ketupat.
Okay selesai dah cara balut daun ketupat palas. Lepas ni boleh la kemas2, buang habuk2, daun2 yang tak guna. Boleh la buat kerja lain pulak.

Ooo ya, daun palas yang lebih jangan dibuang ya, ada kegunaannya jugak. Tentang kegunaannya tu nanti Paparea kongsi di Part 3.

Next entri cara penyediaan pulut pulak, Sila klik LINK di bawah ini.


CARIAN YANG BERKAITAN:

1. Balut Ketupat Palas Beserta Gambar
2. Balut Ketupat Palas Beserta Video
3. Cara Balut Ketupat Daun Palas
4. Cara Mengayam Ketupat Palas
5. Buat Ketupat Palas
6. Teknik Balut Ketupat Palas Yang Mudah
7. Ketupat Palas Utara
8. Ketupat Palas Hari Raya

Jumpa di entri seterusnya dan terima kasih sudi membaca.

By,

PapaRea

No comments: