Monday, 14 August 2017

CARA BUAT KETUPAT PALAS PALING MUDAH FAHAM (GAMBAR DAN VIDEO) : EDISI RAYA 2017 PART 2

 
Hai semua, selamat kembali. Ni sambungan dari entri CARA BUAT KETUPAT PALAS PALING MUDAH FAHAM (GAMBAR DAN VIDEO) : EDISI RAYA 2017 PART 1.

Untuk kali ni Paparea nak cerita lebih detail siap dengan gambar setiap langkah. Sebelum ni pun sudah ada Paparea kongsi. Boleh klik LINK ini, CARA BUAT PULUT DAN CARA BALUT KETUPAT PALAS. Yang ni Edisi Raya Tahun 2016.

Kali ni yang terbaru tahun 2017 punya. Jom kita Start. Caranya sama dengan yang lepas, cuma kat sini Paparea tambah lebih gambar.

Step 1:

Mesti prepare bahan2 nak memasak. Bahan2nya adalah:

1.   Beras Pulut Susu (1 Kg) - apa2 jenis pun boleh
2.   Santan Kelapa Pekat (500 gm / 600 gm)
3.   Garam (secukup rasa asalkan ada rasa lemak)
4.   Daun Pandan (3-4 helai dikoyak dan disimpul siap2)
5.   Air sikit (untuk bergabung dengan santan pekat)
 
Step 2:

Beras pulut perlu dibasuh dulu dan direndam semalaman.
Dah siap rendam, basuh semula beras tu dan tapis air dia.
 
Step 3:

Mula memasak, panaskan api sederhana. Dan masukkan pulut yang direndam tadi bersama semua bahan2 di atas. Daun pandan tu kasi simpul, buh la 3-4 helai sesuai dengan pulut kita tu.
Step 4:

Masukkan Santan Pekat + Air hingga sama paras pulut.
Step 5:

Masukkan garam secukup rasa. Jangan terlebih garam, nanti naik Darah Tinggi pulok.
Step 6:

Kacau pulut sehingga pulut jadi 1/2 masak dan santan cukup sebati dengan pulut. Kena kacau selalu untuk elak pulut hangit dan bagi masak sekata. Api pun kena jaga juga ye.
Masak sampai pecah minyak, kalau korang kacau, tengok kat bawah  pulut tu ada minyak. Kira dah siap.
Macamana pulut korang, ok x? Paparea punya pulut macam ni.
Tutup api dan sejukkan dulu sebelum mula proses membalut ketupat.

Untuk proses seterusnya Cara membalut ketupat, boleh klik LINK di bawah.

CARIAN YANG BERKAITAN:

1. Resipi pulut ketupat
2. Pulut ketupat palas
3. Ketupat palas jantan
4. Cara buat ketupat palas utara
5. Cara balut ketupat palas
6. Cara mudah dan senang buat ketupat palas.

Sekian, Thanks uolls sudi layan Blog MamaPapaRea.

Selamat mencuba...

By:

PapaRea

No comments: