Saturday, 25 February 2017

CARA BUANG VIRUS SHORTCUT DI DALAM PENDRIVE / EXTERNAL HARD DISK - PART 2


Hari ni 23 Feb 2017 adalah hari yang penuh bermakna, hari yang paling bahagia bagi penjawat awam, berpusu-pusu mencari ATM. Sungguh lama menanti saat sebegini, sebulan lama menunggu nooo...

Hmm, lupakan la. Entri kali ni saya nak sambung kongsi masalah cara buang virus shortcut di dalam pendrive/external hard. Ni adalah cara yang kedua kalau korang semua tak berjaya dengan cara pertama di entri yang sebelum ni. Kalau mana yang nak tengok cara sebelum ni, klik di SINI.

Untuk kali ni saya share pada korang semua tentang penyelesaian masalah ni dengan bantuan software yang paling mujarab dan membuatkan perasaan kita jadi seperti ni...

Muka riak betul kartun ni...

Meh saya cerita satu per satu cara dia.

Step 1:

Cuba buka pada USB tersebut seperti biasa. Akan timbul sesuatu yang mengejutkan seperti gambar di bawah.


‘There was a problem starting\\\\\\\\\\@~%@~%@~%@~%@~%@~%%%@.1’
Memang MASALAH ni……

Jangan bimbang, kita (manusia) yang buat dia, Penyelesaiannya adalah pastinya ada….

Step 2:

Download software UiTM Virus Shortcut Remover.


Untuk makluman korang semua, software ini merupakan aplikasi percuma yang direka oleh student UiTM. Yang paling penting software ni memang membantu dalam menyelesaikan dan sangat berkesan untuk membuang virus shortcut pada pen drive mahupun hardisk korang.

Korang boleh download software UiTM SHORTCUT VIRUS REMOVER v3.1  link di bawah:



Step 3:

Cara menggunakan software ni amat mudah. Software ni tak perlu diinstall, just double klik terus launch. Jadi macam gambar di bawah.


Step 4:

Klik pada bahagian yang bermasalah di ‘Pen Drive’ atau ‘Computer’. Gambar di bawah ni adalah pilihan ‘Pen Drive’. Klik pada ‘Select Device’ untuk Pen Drive korang yang sakit tu.


Step 5:

Klik ‘Scan’ dan klik ‘Yes’. Tunggu apa hasilnya.



Step 6:

Setelah selesai imbasan tadi akan terpapar hasilnya. Dan teruskan klik’OK’ and klik ‘Yes’ untuk delete virus tadi. Kalau bahagian di sebelah kanan pun ada jugak virus tu, klik 'Select All' and than klik 'Delete'.




Ok, selesai sudah proses penghapusan bakteria alam maya ni. Close la software remover tu. Nak meyakinkan virus tu betul2 hilang, cuba buka kembali Pen Drive korang tu, apa yang terjadi.


Jangan panik ye dengan keadaan icon Folder jadi macam gambar ni. Korang rename balik folder tu. Semua fail yang hilang sebelum ni sudah kembali ada. Jadi senyum la kembali seperti dulu.


Step 7:

Sekiranya keadaan pen drive korang masih ada lagi tak dapat buang virus tu, cuba run software remover dalam keadaan Safe Mode.

Habis dah ilmu yang dapat saya kongsi dengan korang semua tentang perkara ni. Apa yang kita tau, haruslah kita share antara satu sama lain. Betul tak.

Ooo, sebelum terlupa, diingatkan pada semua. Untuk mengelakkan virus-virus ini terjadi atau merebak, korang perlu ready defender komputer ataupun laptop dengan vaksin iaitu install la apa-apa perisian Anti-Virus seperti AVG, Kaspersky, dan seangkatan dengannya.

Yang Free Edition pun boleh, takda masalah cuma tak Full Security tapi mesti kena selalu update setiap minggu, baru power.

Kalau yang ada bajet lebih tu, beli je yang jual di kedai, Anti-Virus Original, Lesen setahun Full Version. Memang takkan risau dah masalah virus ni.

Haaa, lagi satu, jangan download fail-fail dari sumber yang tidak diketahui atau mencurigakan.
Jangan cucuk pendrive pada komputer yang telah dijangkiti shortcut virus.

Buat salinan backup fail atau data dari satu pen drive ke satu pen drive yang lain sebagai langkah keselamatan berjaga-jaga dari berlaku masalah macam ni, ok.

Ok, terima kasih semua, berjumpa lagi dengan tips-tips yang lain pulak.

By,

PAPAREA

No comments: