Saturday, 25 February 2017

CARA BUANG VIRUS SHORTCUT DI DALAM PENDRIVE / EXTERNAL HARD DISK - PART 1




Hari ni saya nak share tentang masalah yang selalu terjadi di pejabat atau pun pada sesiapa saja yang menggunakan USB Pendrive / External Hardisk. Masalah dia, asal masuk ja USB ke komputer, semua fail atau data dalam USB tu hilang. Korang pernah terjadi tak masalah macam ni???...

Benda ni memang kerap terjadi akibat computer mahupun laptop yang digunakan tu tak ada anti-virus atau yang expired sudah (tak update). Macam di pejabat saya ni memang komputer versi lama punya spec. Klu nak kata, segala mak nenek virus ada dalam komputer ni, Biasa la komputer GUNASAMA...

Paling menyakitkan hati, waktu nak buat presentation mesyuarat, keja banyak dan time yang tersangat busy, masa tu la pendrive buat hal, hilang segala fail and data yang penting semua dalam pendrive tu. Perasaan masa tu dah macam separuh gila, jadi tak ketahuan hala. Korang yang pernah jadi macam ni memang tak tau habaq no perasaan masa tu.
  
Sebelum kita mula, korang tahu tak apa itu virus shortcut?


Untuk pengetahuan korang semua, ia adalah salah satu virus yang tidak jugak bahaya, tetapi boleh menyebabkan perasaan kita berubah dari macam ni J bertukar jadi macam ni LVirus ni kadang kala mampu merosakkan fail-fail penting di dalam drive (external hard disk / pendrive / komputer) kita. Selalunya fail-fail yang terkena virus ini akan bertukar icon menjadi seperti dalam gambar di bawah yang berformat .lnk.


Ok, meh kita nak share macamana nak kembalikan fail @ data yang hilang tu. Saya cerita step by step k.

Step 1:

Masukkan USB macam biasa. Kalau USB tu ok, akan ada terpapar macam gambar di bawah tu.


Tetapi kalau USB tu tak muncul2 sampai ke sudah, jawapannya cabut, dan ucapkan “Selamat Tinggal Sahabat Ku” dan pegi cari tanah, semadikan dia dengan sempurna. Kesian, lama dia berjasa menyimpan dosa and pahala kita.hahahaha...
Jangan buat macam tu, KESABARAN separuh daripada IMAN. Ada cara dia...

Step 2:

Buka USB tu dan dalam ada satu fail Shortcut. Semua fail dan data hilang. Hairan bin Ajaib ni


Klik pada Tab di atas kiri ‘Organize’, klik pada ‘Folder and search options’


Step 3:

Pada Folder Option ni, klik pada tab ‘View’. Keadaan Default folder macam gambar di bawah.


Tukarkan dan Hilangkan tanda dalam bulatan merah tu seperti gambar di bawah. Klik ‘Apply’ dan ‘OK’.



Fail yang hilang sudah telah kembali semula tetapi dengan keadaan ‘Hidden’ atau tersembunyi.


Step 4:

Check pada fail yang kelabu tu dengan Klik Kanan ‘Properties’ .


Pada Tab General, bahagian Attributes buangkan tanda pada kotak ‘Hidden’. Then klik ‘Apply’ and ‘OK’.


Kalau cara ni masih tak berhasil jugak, tetap berstatus ‘Hidden’ ataupun tanda 'Hidden' tu tak boleh buang, maka puncanya bukan USB korang masalah, komputer korang tu kena LEMPORRR dalam API.... ☺☺☺☺☺☺☺☺

Jangan marah ye, nanti kita cuba cara kedua plak ye.

CARA BUANG VIRUS SHORTCUT DI DALAM PENDRIVE / EXTERNAL HARD DISK - PART 2

Ok, bai bai uollsss.....

By,

PAPAREA

No comments: