Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua....
Bila pejabat sunyi yang lain keluar makan, tinggal la kita sorang diri
dalam kegelapan, mesti seram kan3... Apada, siang hari ni. Asalnya nak landing lelap mata sekejap. Mata pulak tak nak rehat. Hmmm...
Tiba2 terfikir pulak nak buat Tutorial tentang cara buat blog ni.
Kadang-kadang kita ni tak tau sangat tentang blog ni tambah2 lagi di zaman
sekarang ni dah ada macam-macam media social ni.
Di sini saya nak share Cara Buat Blog Step by Step paling mudah and
paling senang nak buat. Yang mana baru mencari-cari caranya nak buat blog ni
meh kita sama2 belajar. Pada yang dah terer bab blog ni, duduk diam and kasi
peluang pada yang nak belajar seperti saya. Huhuhuhuuu….
Sebelum tu, Apa Itu Blog?
Blog adalah bentuk Aplikasi Web. Pada dasarnya merupakan laman
website yang boleh diakses secara online yang mempunyai fungsi utama untuk
memuatnaik catatan dan gambar (dimuatnaik dalam posting) pada setiap laman web.
Blog biasanya dikendalikan oleh pengguna tunggal dibuat sesuai dengan topik dan
tujuan dari si pengguna blog tersebut. Dapat disimpulkan bahawa Blog adalah
laman web online yang berisikan catatan, tulisan, ataupun rangkaian artikel
yang boleh diperbaharui dan boleh diakses untuk peribadi mahupun untuk umum.
Fungsi Blog
Fungsi blog secara umumnya adalah sebagai media penerbitan
untuk menyalurkan idea atau catatan harian iaitu catatan atau tulisan yang
disimpan secara online dan terdapat dalam sebuah halaman web. Dalam
perkembangan zaman sekarang, blog boleh digunakan untuk menghasilkan sumber
kewangan melalui iklan ataupun jualan yang dipost di blog. Memang nampak macam
mudah kan nak dapat duit dengan blog ni. Fungsi2 blog seperti berikut:
👉 Sebagai Media Peribadi
Fungsi blog yang ini lebih merujuk kepada kehidupan seharian
pemilik blog itu sendiri, seperti pengalaman hidup, curahan hati, dan
semata-mata hanya untuk kepentingan diri sahaja dan bersifat peribadi. Biasanya
blog yang seperti ini hanya diperlihatkan kepada sebahagian orang sahaja,
seperti rakan-rakan, keluarga, rakan kerja, ataupun kerabat.
👉 Sebagai Media Untuk Berniaga
Blog perniagaan merupakan blog yang digunakan untuk
melakukan pelbagai aktiviti atau kegiatan usahawan seseorang, seperti usaha
berdagang dengan menawarkan produk-produknya melalui blog. Dan ada juga yang
menawarkan perkhidmatan, kedai online, jual beli, dan masih banyak lagi blog
usaha yang lain.
👉 Sebagai Media Untuk Berkongsi Maklumat
Blog ada juga yang berguna sebagai tempat untuk berkongsi
ilmu dan maklumat kepada umum. Jenis blog seperti ini sangat bagus kerana lebih
mengutamakan kepentingan para pembacanya. Contohnya kalau korang mempunyai
pengetahuan lebih tentang komputer, maka tidak ada salahnya korang berkongsi
ilmu, tips, mahupun trick yang boleh dijelaskan melalui blog. Sama la macam yang kita kongsi sekarang ni. Walaupun nampak macam perkara remeh @ sesetengah orang cakap, "benda senang pun nak kongsi ka?". Dalam dunia ni tak semua orang dilahirkan cerdik pandai terus. Mesti ada segelintir yang kurang ilmu tentang IT kan3. Sapa setuju, kasi angkat tangan...
👉 Sebagai Media Untuk Promosi Atau Iklan
Jenis blog ini lebih diperuntukkan kepada pemilik blog yang
ingin mengedarkan barang, jasa, mahupun produk orang lain dalam blog kita
dengan maksud dan tujuan untuk mendapat upah dari orang yang sudah kita
promosikan.
Bermacam2 lagi fungsi blog yang dapat korang tahu bila korang
menjadi seorang blogger.
Step 1:
Buka Browser ke laman google. Klik pada ‘Gmail’ macam gambar kat bawah
ni. Kalau tak jumpa kat mana letaknya, tak tau la apa nak cakap. Hehe..
Lepas tu, klik Create account.
Lepas tu, klik Create account.
Masukkan semua apa yang anda inginkan untuk create akaun Gmail ni.
Maksud gue, butiran peribadi korang. Hentam saja la asalkan korang ingat apa
yang korang letak. Selesai, klik ‘Next’. Page seterusnya klik ‘I AGREE’.
Step 3:
Ni mula nak buat blog. Masuk ke laman ‘www.blogger.com’ untuk sign up
blog.
Klik pada ‘CREATE YOUR BLOG’.
Klik pada ‘CREATE YOUR BLOG’.
Masukkan Gmail yang korang buat tadi @ Gmail yang korang ada. And next
page password Gmail. Gmail dalam gambar tu just contoh untuk belajar
saja.
Bila dah masuk macam ni, klik pada ‘Create a limited Blogger profile’. Korang letaklah apa nama untuk paparan di blog
korang ‘Display name’ and klik ‘Continue to Blogger’.
Bila dah selesai Step 4, muncul la halaman ni. Klik pada ‘CREATE NEW BLOG’.
Then masukkan ja apa nama Blog korang suka, address blog korang and pilih Template (Design Blog). Klik la ‘Create Blog!’.
Then masukkan ja apa nama Blog korang suka, address blog korang and pilih Template (Design Blog). Klik la ‘Create Blog!’.
Setakat ni la ye untuk Tutorial simple buat blog kali ni. Para2 Otai Blog yang lain, Kalau ada yang salah, minta tolong ajar ye. I'm a Junior Blogger. huhu...
Nanti kita
share lagi di next tutorial cara macamana nak buat blog, nak masuk artikel,
susun atur blog, menu bar, gambar latar belakang dan lain-lain lagi.
By:
PapaRea
0 ulasan:
Catat Ulasan