Akhirnya siap juga resipi nasi
ayam yang paling simple daripada hasil ayiaq (air) tangan saya. Saya ni jenis
suka resipi yang simple dan mudah nak buat. Selalu la jugak saya masak nasi
ayam ni sebab anak saya gemarkan nasi dan sup ayam, lebih2 lagi yang tersayang ketua family ni memang peminat tegar lauk ayam. Kalau buka je peti sejuk,
tengok bahagian freezer, penuh stok ayam. Memang ayam la jadi menu utama setiap
hari. Tapi lauk lain pun ada jugak, ikan, daging dan sayur2. Kalau hari-hari
hadap ayam je, naik muak jugak,kan2.
Sebelum ini, memang saya tak
berapa pandai dengan masakan semenanjung ni. Biasala Sabahan punya masakan
memang berbeza sangat. Kalau nasi ayam ni, semua negeri lebih kurang nak sama
ja, cuma gaya persembahan ja lain2. Tapi dah suami orang perlis, utara mai dia
kata, semestinya la kena pandai masakan sini.
Saya selalu jugak belajar cara
memasak masakan dari facebook, blog2 dan buku-buku masakan. Macam2 cara masakan
dan ada juga yang banyak bahan nak digunakan.
Untuk entri kali ni, saya nak share cara yang paling simple yang saya selalu masak
di rumah dengan citarasa saya sendiri dan ikut apa yang ada dalam peti sejuk.
Hehehe…
NASI AYAM SIMPLE MAMAPAPAREA
**
wah, sedap ni. Tengok je pun dah telan air liur kan. **
Kita
yang tengah menaip ni pun telan air liur, hahaha…
Rasa tak sabar ja nak memasak.
Jom saya cerita Resipi Nasi Ayam Simple MamaPapaRea.
Untuk lebih mudah dan korang tak
keliru mana satu korang nak mula.
Mula2 sekali korang rebus ayam
dulu. Bila ayam dah masak, keluarkan dan tos sekejap dan kemudian terus perap.
Barulah kita masak nasi dengan air rebusan ayam tadi (tambah air sikit kalau
masak nasi banyak). Sambil tunggu nasi masak, baki dari air rebusan ayam tadi,
korang boleh la buat sup. Tambahla apa2 bahan yang sepatutnya. Lepas tu, buatla
sos sambal dan sos kicap. Barulah goreng ayam ataupun goreng ayam dulu baru
buat sosnya. Siap. Nak lebih terperinci, rujuk kat bawah na.
Step 1:
Merebus Ayam
Bahan untuk rebus ayam:
1 inci halia
2 biji bawang putih
1 kiub knorr @ 1 sudu kecil
perasa Pasti Sedap (perasa lain pun
boleh guna)
1. Masukkan air, bawang putih dan halia (cukup
sekadar korang nak makan).
2. Setelah mendidih, masukkan
ayam (boleh potong sederhana atau tidak perlu potong).
3. Masukkan perasa.
4. Rebus ayam hingga masak
sepenuhnya.
5. Keluarkan ayam dan tos
sekejap.
Step 2:
Perap Ayam
Selepas tos ayam tadi, masukan
bahan2 perap pada ayam tu seperti di bawah.
Bahan Perap:
1-2 sudu kicap lemak manis @
manis (apa2 jenama kicap pun boleh).
1 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan (nak
bagi bau wangi, mmmmmmm)
1. Sapu rata bahan perap pada
ayam yang siap tos tadi.
2. Simpan di dalam bekas tertutup
sebab nak elak dari dihinggap tetamu tak diundang, si lalat. Simpan dalam peti
sejuk lagi baik. Tunggu beberapa minit atau sejam-2 jam lagi sedap sebab bahan perap tu masuk sepenuhnya dalam daging ayam.
Step 3:
Nasi
Bahan untuk nasi ayam:
4 pot beras - basuh dan tos
1 helai daun salam
1-2 helai daun pandan
Minyak daripada lemak ayam (goreng lemak ayam sampai keluar minyak, kemudian keluarkan lemak ayam) atau guna minyak sedikit + planta 1 sudu besar
Bawang 2 ulas - tumbuk halus
Halia setengah inci - tumbuk halus
1. Tumis bawang dan halia guna minyak lemak tadi hingga wangi, masukkan daun salam, daun pandan.
2. Masukkan beras yang ditos tadi, goreng sampai sebati.
3. Masukkan 4 pot air ayam + sedikit air.
4. Masak atas dapur gas, dengan api sederhana. Bila dah jadi nasi (perlahankan lagi api, kecil je), gaul dan rasa sama ada dah masak atau masih ada yang keras. Jika ada yang keras, tuangkan sedikit air dan kacau rata.
Step 4:
Sup Ayam
Bahan untuk sup:
Lebihan sup rebusan ayam tadi
Daun bawang
Daun sup
Kiub sedikit
Garam
Tambah air lagi
1. Tambah bahan untuk sup dan adjust bagi rasanya sedap. Ok.
2. Siap.
Step 5:
Goreng Ayam
1. Sebelum nak goreng sapukan
dengan madu nanti ayam akan rasa manis sedikit, sedap tau.
2. Panaskan minyak. Minyak tu
agak2 la letak sekadar ayam kita tu tenggelam. Goreng ayam sekejap saja, jangan
lama sebab ayam dah masak cuma nak bagi garing luaran dia saja.
3. Siap, toskan minyak.
Step 6:
Sos Sambal
Bahan untuk sos sambal:
3 biji cili merah
1 sudu teh cuka
2 ulas bawang putih
1cm halia
1-2 sudu gula ikut besar cili
1 sudu kecil garam
Air setengah cawan atau 2/3
cawan
Campur sedikit air rebusan ayam
tadi
1. Blend semua bahan.
2. Masak sehingga pekat (kalau
cair juga, boleh letak tepung jagung - bancuh dengan air sejuk dulu baru tuang
ke sos).
3. Rasa pedas, manis, sedikit
rasa garam, masam sedikit cuka ok. Siap...
Step 7:
Sos Kicap
Bahan untuk sos kicap:
2 sudu kicap pekat lemak manis
Sos tiram sedikit
Sedikit gula
Sedikit garam
Air sedikit
Boleh campur lebihan perapan ayam
tadi
1. Campur kesemua bahan2 di atas
dan masak sekejap saja atas dapur dengan api pelahan.
Step 8:
Bahan Hiasan
1. Salad
2. Hirisan timun
3. Hirisan tomato
** Memang simple yang amat **
Dah pun siap NASI AYAM SIMPLE MAMAPAPAREA, Pasti sedap, mmmmmmmm...
** Tengok tu tangan My
Princess Nana **
Tak Sabar nak dia nak yam yam...
Ini koleksi yang sempat ambil
gambar. Nasi ayam ni memang selalu sangat jadi menu sehari dalam seminggu. Hehehe...
Untuk lebih terperinci berkenaan resipi
nasi ayam ni, klik entri di bawah ni. Nasi Ayam yang sebenar-benarnya lengkap. Fushh...
Lagi Sedap....
NASI AYAM SPECIAL MAMAPAPAREA
CARIAN YANG BERKAITAN:
- Nasi Ayam Simple
- Nasi Ayam Mudah
- Nasi Ayam Senang
- Nasi Ayam Paling Senang
- Nasi Ayam Goreng
- Nasi Ayam Sedap
- Nasi Ayam Yang Enak
- Nasi Ayam Kegemaran
- Nasi Ayam Special
- Nasi Ayam Pasti Jadi
- Nasi Ayam Mesti Sedap
Ok. Jumpa lagi...
By
MamaRea
0 ulasan:
Catat Ulasan