Assalamualaikum semua.
Hari ni tetiba je teringat
nasi goreng yang masa dulu Paparea kecik2 lagi, arwah ayah selalu masak untuk
kami 5 beradik nasi goreng ciptaan beliau. Memang simple sangat dan yang paling
sedap pernah kami makan. Boleh dikatakan bila waktu malam kami takda apa nak
makan, nampak ada lebihan nasi putih tengahari di dapur, secara automatiknya
idea muncul, “Ayah, wat nasi goreng ayah”. Memang arwah ayah akan buat untuk
kami.
Bukan tolong masak saja kan,
kami mesti la kena tolong juga, macam ramas nasi putih, potong/hiris bawang (yang
ni memang arwah ayah tak bagi buat, pisau takut luka jari) dan macam2 lagi apa
yang arwah ayah nak kami buat.
Untuk kali ni, resipi ni Paparea nak kongsi pada korang semua kerana ini adalah resipi turun temurun.
Kenapa turun temurun? Sebab dari umur Paparea dan adik beradik lain di peringkat
kanak2, remaja hinggalah dewasa memang ini la kami makan masakan arwah ayah dan
kami praktikkan sehingga sekarang untuk anak2 mamapaparea. Harap2 resipi ini berkekalan
sehingga selamanya dalam keturunan SAAD JARAH.
Meh Paparea nak cerita Resipi NASI GORENG TRADISI KELUARGA PAPAREA
Kita layan step by step ok.
Step 1:
Sedia bahan2 memasak dulu.
Yang paling penting nasi putih. Takda nasi nak masak apa. Huhuhu...
Bahan-bahan:
1. Nasi Putih
2. Minyak Masak
3. Bawang Putih
4. Bawang Merah
5. Bawang Besar
6. Garam Halus
** Bahan2 ni bergantung
kuantiti nasi yang kita nak masak. **
Step 2:
Ramas nasi putih dulu.
Selalunya bila amik dari Rice Cooker, nasi mestilah berketul2 kan. Ramas bagi
bercerai berai. Hehehe...
Masukkan garam ke dalam nasi
tadi secukup rasa korang (ikut kuantiti nasi). Ni cara arwah ayah punya memasak,
masuk garam dulu sebelum masak. Hehehe...
Step 3:
Masukkan hirisan bawang
besar ke dalam nasi tadi.
Basuh tangan dulu. Gaul nasi
tadi sehingga sekata, garam dan bawang bergabung meletop...
Jadi la macam ni.
Step 4:
Guna kuali sesuai dengan
nasi korang. Panaskan kuali tadi dengan api yang sederhana.
Kemudian masukkan minyak masak. Tunggu sehingga panas.
** Minyak masak ni. **
Step 5:
Masukkan hirisan bawang
putih dan bawang merah@kecik.
** Tomeh sehingga keluar bau wangi, mmmmmm.... **
Step 6:
Masukkan nasi bergabung
meletop tadi tu.
** Macam biasa la, kucai bagi
masak. **
Siap sudah Resipi Nasi
Goreng Tradisi Paparea paling simple.
Memang senang yang amat. Walaupun
nampak pelik sikit cara memasaknya. Ini adalah resipi keluarga, arwah ayah Paparea. Korang
macamana? Mesti ada resipi menarik keluarga yang selalu korang makan sejak
kecik lagi kan.
Anak2 Paparea memang kegemaran
depa nasi goreng ni. Bila untuk anak2, Paparea akan Upgrade sikit resipi ni dari segi bahan2nya. Untuk
resipi Paparea pulak boleh klik link ini NASI GORENG SIMPLE PAPAREA.
Carian berkaitan:
1. Nasi goreng simple
2. Nasi goreng putih
3. Nasi goreng bawang
4. Nasi goreng family
5. Nasi goreng ayah
6. Nasi goreng mudah dan sedap
7. Nasi goreng garam
Sekian, terima kasih pada semua yang sudi singgah Blog Mamapaparea.
Bye bye, jumpa lagi di next entri.
By:
PapaRea
First time tgk nasi grg ramas dgn bawang mentah.. nti blh try
BalasPadamHye Pablo Honey,
Padam😂😂😂😂😂
Kdg² rasa mcm pelik jgk cara ni. Budak² pn blh try. Zaman seklh rendh dlu mmg slu buat nasi grg cara ni.
Wow, budak2 pun blh memasak klu cara ni. Sgt mudah.
BalasPadam😂😂😂
PadamYa,budak² sek ren pun blh wat. Mak Bapak kena guide le sama.Tq Visit My Blog 😊😊😊