Khamis, 2 Januari 2020

CARA DAFTAR PERMOHONAN PRASEKOLAH ANAK YANG LENGKAP PART 2




Hai semua, bertemu lagi kita dalam perkongsian Permohonan Prasekolah Anak. Ni sambungan step mendaftar.



Hari ni 2 Mac 2021. Maknanya, pada ibu bapa yang ada anak nak masuk prasekolah sesi Tahun 2022, dah boleh mendaftar sekarang di Portal E-Prasekolah dah dibuka mulai 1 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021 secara online. Ni contoh tahun lepas punya cerita. Boleh ikut step yang Paparea kongsikan okay...


Okay, sebelum ni Paparea kongsi cara mengisi Online dalam website KPM sehingga proses berjaya mendaftar kan... kalau ada yang belum tahu @ masih kurang faham untuk permohonan prasekolah secara online ni, boleh la korang klik tajuk di bawah ni. Di situ nanti Paparea ada kongsi cara nak mengisi butiran dalam web tu.


Jom mula.....

Bahagian A - Penyediaan Borang Permohonan dan Dokumen Yang Diperlukan

Step 1:

Selepas korang dah selesai di Step 13 (Part 1), Cetak Borang Permohonan Prasekolah anak. Borang seperti di bawah. Borang ni ada 4 page.

Sebelum cetak borang ni akan keluar bahagian yang tertulis Keterangan Status Permohonan. Dalam tu jugak ada tertulis Salinan dokumen yang diperlukan, bolehlah renung²kan.

Borang yang kita print  tadi perlulah dikepilkan bersama² SESALINAN DOKUMEN yang berkaitan saja yang membuktikan semuanya adalah benar² belaka...

Step 2:

Lengkapkan borang tersebut iaitu lekatkan gambar berukuran passport dan sediakan dokumen yang diperlukan seperti di senarai semak page 4 (yang mana berkaitan).

Untuk Senarai Semak, korang sedia semua yang berkaitan untuk SATU SALINAN.

1. Salinan MyKid / Sijil Anak Angkat

2. Salinan Sijil Lahir

3. Salinan Bil Utiliti (Bil TNB/Air/Telefon)


4. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga

5. Salinan Surat Nikah / Surat Cerai

6. Salinan Surat Hak Penjagaan / Perintah Makhamah

7. Salinan Laporan Doktor & Kad OKU (Jika Berkaitan)

8. Salinan Slip Gaji Ibu Bapa / Penjaga

9. Pengesahan Pendapatan (Bagi yang tiada slip gaji)

Bagi pemegang akaun Maybank, boleh print penyata korang melalui Maybank2u. Tak tau nak buat macamana??? Boleh klik ke tajuk link di bawah...


Kalau selain M2u, boleh guna ONLINE bank korang guna. Print penyata transaksi akaun. Kalau takda jugak, boleh minta terus di bank untuk penyata tu.

Step 3:

Bila dah complete semua. Susun mengikut turutan keperluan tersebut.
** Susun mengikut susunan di Senarai Semak **

Step 4:

Boleh la terus hantar ke sekolah yang kita mohon tu dan berikan kepada guru di prasekolah berkenaan. Okay, dah selesai semua pendaftaran prasekolah anak. Hanya tunggu pulak tarikh keputusan permohonan tersebut, ntah berjaya @ tidak. Harapan mesti la nak berjaya kan³... InsyaAllah dengan izinNya.

Paparea nak gtau la, selesai je kita isi online, dalam 2 hari lepas tu, Mamarea dapat 1 nofication whatsapp, ada mesej masuk dari PPM sekolah, cikgu prasekolah anak. Dia pun dapat jugak maklumat tentang permohonan kita ke sekolah tersebut.

Mak Aiiii, Paparea belum lagi sempat nak hantar borang masa tu, tak dan nak keluar hantar, kerja bertimbun atas meja. Esok petang dapat off , baru boleh balik terus hantar pada cikgu tu.

Jadi, pesanan cikgu tu, apa²pun tunggu tarikh keluar keputusan permohonan ni. Baru la boleh bertindak seterusnya apa pulak. Okay, baik puan, terima kasih, syuhhhsss balik rumah terus, hahahaha....

Seterusnya...

Bahagian B - Menyemak Keputusan Permohonan Prasekolah

Masa yang ditunggu² sudah tiba, tanggal 5 Ogos 2019 hari keluarnya keputusan Prasekolah. Dah boleh semak...

Step 1:

Seperti biasa, buka semula website https://eprasekolah.moe.gov.my/. Log masuk.

Step 2:

Klik pada Status Pendaftaran (Semakan status pendaftaran murid).

Step 3:

Masukkan No. K/P anak dalam ruang disediakan.

Step 3:

Status keputusan BERJAYA @ GAGAL untuk permohonan prasekolah akan tertera di paparan ini.
** Alhamdulillah, anak Paparea berjaya masuk prasekolah. **

Bagi yang tidak berjaya, jangan risau, boleh buat rayuan semula di bahagian Rayuan Permohonan. Untuk bahagian ni, nanti kita kongsikan...

Step 4:

Pada hari yang sama, cikgu prasekolah yang kita mohon tu akan memberitahu pada kita (ibu bapa / penjaga) akan keputusan permohonan tersebut.
** whatsapp dari cikgu prasekolah **

Jadi, pada hari yang dimaklumkan itu, Paparea terus pergi ke sekolah untuk ambil surat apa ntah. Rupa²nya ni surat dia...

Step 5:

Merujuk kepada surat tawaran tu, ada tertulis tarikh dan masa untuk datang ke sekolah untuk mendaftar dan juga mengikuti sesi taklimat.

Kalau ibu bapa / penjaga tak datang pada hari tersebut, dianggap tidak berminat @ menolak tawaran masuk prasekolah ler. Lepas ni korang ikut setiap arahan yang diberitahu oleh cikgu sekolah. Wujud pulak Group Whatsapp Prasekolah. Jadi apa² info maklumat, semua akan di maklumkan dalam WG.

Zaman skrg ni semua maklumat sangat² mudah disampaikan melalui media sosial ni.

Okay, selesai sudah...

Ada lagi Paparea nak kongsi untuk semua. Masa pendaftaran dan dengar taklimat tu, cikgu memberitahu pada kita keperluan yang sepatutnya kita sediakan untuk anak² yang masuk prasekolah seperti pakaian sekolah, alatulis, yuran dan lain² lagi. Ini apa yang cikgu bagitau...
** Maklumat di atas ini adalah mengikut kehendak dan keperluan bagi sesebuah sekolah yang dipilih. **

Malam 31hb, siap lah semua yang diperlukan sudah tersedia.

Untuk kasut, memang kena tanda dengan tulis nama pada kasut anak² kita. Budak² ni, awal² sangat bukannya kenal sangat kasut depa, semuanya seakan² sama saja. Cikgu pun ada pesan jugak.

Pagi di 31 Dis 2019, sebelum subuh sudah bangun Mamarea siapkan air mandian dan sarapan buat kami, hehehe... Solat subuh jangan Lupa. Pendaftaran sekolah pukul 8.00 pagi, di kantin sekolah.

Sudah di sekolah siap mendaftar, kena isi butiran anak dalam borang yang diberikan. Punya la ramai hari ni sbb termasuk Pendaftaran Tahun 1.
** Satu famili kami pi teman kakak Nana di sekolah. **

Dah siap apa semua, tunggu panggil, berbaris masuk kelas bersama² ibu bapa untuk dengar taklimat.

Dah selesai untuk hari ni, pukul 10.00 pagi siap. Lepas tu terus pulak beli buku d Kedai Buku Sekolah. Tarikh 2 Januari 2020, mulalah sesi persekolahan tahun 2020 seperti biasa. Mula la mak bapak sibuk semua, waktu kemuncak pagi dan tengahari.

Okaylah, setakat ini la perkongsian Paparea tentang CARA DAFTAR PERMOHONAN PRASEKOLAH ANAK YANG LENGKAP. Ini semua berdasarkan pengalaman pertama MamaPapaRea dan bergantung jugak pada ketetapan pihak sekolah pilihan masing².

Ohh ya, kalau korang masih jugak ada masalah terlupa lagi password @ katalaluan website ni, korang boleh la tengok semula cara untuk dapatkan balik password korang tu. Klik saja Tajuk di bawah ni okay...


CARIAN YANG BERKAITAN :

1. Cara Daftar Prasekolah Anak Yang Paling Senang
2. Cara Mendaftar Masuk Anak Ke Prasekolah
3. Tatacara Masuk Prasekolah Yang Lengkap
4. Cara Persediaan Masuk Prasekolah Yang Paling Simple

Sekian saja untuk entri ni, nantikan pelbagai lagi tips, resipi, kesihatan dan macam2 lagi di entri seterusnya dari kami MamaPapaRea. Bye2 dan jumpa lagi.

Wasallam...

By:

PapaRea
Continue Reading

CARA DAFTAR PERMOHONAN PRASEKOLAH ANAK YANG LENGKAP PART 1



Hai semua, kembali lagi kita.


Hari ni 2 Mac 2021. Maknanya, pada ibu bapa yang ada anak nak masuk prasekolah sesi Tahun 2022, dah boleh mendaftar sekarang di Portal E-Prasekolah dah dibuka mulai 1 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021 secara online. Ni contoh tahun lepas punya cerita. Boleh ikut step yang Paparea kongsikan okay...



Hai semua sahabat. Lama Paparea tak mem-blog dalam ni.
Maklumlah hujung² tahun ni banyak sangat kerja nak settle dengan pulak anak² nak mula sekolah dah kan. Itu ini nak kena didahulukan, baju sekolah apa semua laa...

Sekarang ni time cuti sekolah hujung tahun, macam² program besama famili kan. Time ni la syiok nak bawa famili jalan². Tapi bila semua dah siap macam persediaan pakaian sekolah anak², yuran, pendaftaran semua la, lega sikit. Pada parent² yang ada anak nak masuk sekolah mesti kelam kelibut urus semua ni, kan³ tambah² time PKP Covid-19 pulak...

Pada tahun 2021, ini adalah pengalaman yang Kali Ketiga dalam urusan persekolahan Princess dan Prince Charming Paparea. Jadi Paparea nak kongsi la sedikit pengalaman dari mula pendaftaran sehinggalah pendaftaran masuk sekolah iaitu CARA DAFTAR PERMOHONAN PRASEKOLAH ANAK YANG LENGKAP PART 1. Haaahhhh......

Untuk makluman semua sahabat, Pendaftaran Prasekolah Tahun ni TAHUN 2021 untuk KEMASUKKAN PRASEKOLAH TAHUN 2022 boleh dibuat mulai 1 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021. Perkongsian di bawah ini adalah perkongsian Paparea pada tahun 2019, semua langkah sama, tiada perubahan, selamat mendaftar.

Anak paparea yang kedua umur 5 tahun dah masuk sekolah dah semalam 1 Mac 2021. Jadi untuk kekal di Prasekolah tahun depan kena la isi semula pendaftaran masuk Prasekolah Online ni. kita daftar siap². Ni Paparea baru je sudah daftar anak untuk kemasukkan tahun depan punya.



Kalau ada yang dah terlupa password, boleh klik link tajuk bawah ni. Paparea pun terlupa dah. Nasib baik ada jugak tersimpan dalam nota telefon.


Apa yang Paparea kongsikan gambar di bawah ini adalah permohonan cara pendaftaran prasekolah secara online pada tahun 2019 bagi sesi kemasukan tahun 2020. okay jangan keliru sudah.


Nak masuk prasekolah ni, anak² kita mesti berumur 4, 5 dan 6 tahun masa nak sekolah nanti.  Apa² tentang ni korang boleh baca di ruangan web tu nanti...

Okay, jommm....

Cara Mendaftar Permohonan Prasekolah Secara Online

Step 1:

1st step, buka laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/. Keluar la paparan depan dia macam gambar di bawah.

Step 2:

Pada yang pertama kali buka, boleh la klik pada Daftar Pengguna.

Di bahagian ni, korang isi butiran yang diminta.

Isi semua katalaluan , email dan soalan Keselamatan. Letak la yang mudah² saja, senang nak ingat. @pun kalau dah siap nanti save je password dalam Chrome.

Bila dah lengkap isi, klik Simpan.

Step 3:

Balik semula di paparan pertama web ni. Masukkan No K/P dan katalaluan yang korang daftar tadi dalam petak tu. Klik Log Masuk.

Step 4:

Ini adalah page mula untuk permohonan Prasekolah. Ada 7 bahagian di sini. Untuk mendaftar, klik pada Borang Permohonan Prasekolah Sesi Kemasukan 2022.
** Ini perkongsian Permohonan Prasekolah Sesi 2020. Untuk tahun 2022 dan tahun yang berikutnya, setiap permohonan ada sama. **

Step 5:

Masukkan No MyKid anak yang nak ke prasekolah tahun depan. Dan klik Seterusnya.

Step 6:

Isi setiap maklumat anak di Langkah 1 : Maklumat Murid. Dah siap, klik Langkah 2 >

Step 7:

Ini bahagian alamat rumah korang, alamat surat menyurat @ tempat tinggal sekarang. Langkah 2 : Alamat Semasa Pemohon. Korang isi alamat penuh yee. Seterusnya klik Langkah 3 >

Step 8:

Page ini adalah Langkah 3 : Maklumat Ibu Bapa / Penjaga. Isi setiap butiran maklumat yang diminta. Petak warna kelabu tu, Nama, MyKad dan Status Warganegara AUTOMATIK sedia ada sebab data tu dari Jab. Pendaftaran Negara (JPN). KPM dah sedia link dengan kementerian lain. Zaman teknologi semakin mudah...

Bab maklumat ni kena la jujur, beri maklumat yang betul. Lagi² dia minta gaji pulak. Aiyooo, Paparea letak yang betul saja. Tak payah risaula. Kalau korang menipu pun, sistem gaji dah link dengan KPM. Nasib la lepas ke tak permohonan ni sebab sistem yang select permohonan kita.Then, klik pulak Langkah 4 >

Step 9:

Langkah 4 : Maklumat Tanggungan
Bahagian ini memerlukan maklumat tanggungan bagi ibu bapa dalam keluarga kita.

Sebelum tambah maklumat anak, klik pada column Hubungan (-Sila Kemaskini Hubungan-). Siap, klik Kemaskini.


Kalau ada lagi anak² lain yang masih dalam kategori tanggungan ibu bapa, jadi masukkan semua maklumat anak² tersebut. Klik pada + Tambah Maklumat.



Buat masa ni Paparea ada 3 orang anak. Semua dah masuk dalam maklumat ni. Nanti kalau anak bertambah, buka semula web ni, kemaskini saja maklumat tanggungan ni, klik Kemaskini - Kemaskini Maklumat Pengguna. Nanti² la update benda ni. Kalau ada anak nak daftar sekolah baru buat masa tu. Hehehe...

Step 10:

Okay, Langkah 5 : Sekolah Dipohon. Bahagian ni Sesi Kemasukkan tahun depan, korang isi la sekolah mana yang korang pilih untuk anak korang. Hanya SATU sekolah saja yang dapat kita pilih. Lepas tu, klik Langkah 6 >

Step 11:

Di bahagian Langkah 6 ini adalah untuk Semakan Dan Pengesahan. Baca kenyataan tersebut. Dah baca, tandakan √ dalam petak kecik untuk PENGESAHAN. Klik Hantar Permohonan.

Step 12:

Okay, permohonan prasekolah anak sudah dihantar. Jadi selesai dah bab ni.

Kalau nak semak balik, klik pada Semakan. Di bahagian Semakan Permohonan, status dalam Menunggu Pengesahan.

Kalau ada yang nak diubah, klik saja icon dalam petak Tindakan. Dalam tu ada 3 icon kecik seperti Petunjuk di bawah.

Step 13:

Kalau dah yakin semua perfect, boleh la terus klik Cetak.

Untuk cetak borang ni akan diberi Keterangan Status Permohonan. Borang yang siap dicetak mesti la beserta salinan dokumen yang diperlukan seperti berikut untuk dihantar bersama ke sekolah yang dipohon.

Okay, selesai sudah. Keputusan permohonan ni keluar pada 5 Ogos 2021, semak di website ni. Paparea Set Reminder tarikh tu dalam HP, senang nak ingat. Lagipun, kalau bab ni, orang tua² mesti mem-bawang anak kau dapat mana, anak kau pulak sekolah mana. Hahahaha...

Okay, bab mendaftar ni cukup kut setakat ni. Untuk proses penyediaan dokumen, semak keputusan dan pendaftaran masuk ke Prasekolah boleh ke link seterusnya. Di situ nanti, Paparea akan kongsi pada korang semua berdasarkan pengalaman sendiri. Klik Tajuk di bawah ni.

CARA DAFTARPERMOHONAN PRASEKOLAH ANAK YANG LENGKAP PART 2


Kalau korang ada masalah terlupa password @ katalaluan website ni, korang boleh la tengok cara untuk dapatkan balik password korang tu. Klik saja Link Tajuk di bawah ni okay...

MASALAH LUPA PASSWORD (KATALALUAN) E-PRASEKOLAH YANG PALING MUDAH

CARIAN YANG BERKAITAN :

1. Cara Daftar Prasekolah Anak Yang Paling Senang
2. Cara Mendaftar Masuk Anak Ke Prasekolah
3. Permohonan Prasekolah Yang Paling Mudah
4. Cara memohon Prasekolah Anak Yang Lengkap

Sekian saja untuk entri ni, nantikan pelbagai lagi tips, resipi, kesihatan dan macam2 lagi di entri seterusnya dari kami MamaPapaRea. Bye2 dan jumpa lagi.

By:

PapaRea
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...