Wednesday, 2 March 2016

PENGALAMAN MENGANDUNG DAN LAHIRKAN ANAK PERTAMA

Pengalaman ni dah berlalu dah... cuma saja nak kongsikan sambil ingat balik agar nanti adalah rujukan untuk anak seterusnya kan..hee.

Saya dah ceritakan tips hamil dalam entri sebelum ini dan di situ saya juga telah beritahu macam mana saya dapat tahu saya mengandung. So, pada minggu ke6-7, saya dah start melalui morning sickness yang sangat teruk saya rasa. Saya jadi lembik tak bertenaga, selera makan mendadak turun, loya yang berpanjangan, lidah rasa pahit dan tawar sangat-sangat..lagi-lagi  saya ada gastrik yang teruk merumitkan lagi keadaan morning sickness saya. Ada beberapa kali nak pitam, tapi saya terus duduk dan berehat. Pada masa itu, saya hanya mampu mengadu pada Allah agar dipercepatkan alahan itu, tak sanggup rasanya nak lalui. Macam demam tapi tak demam. asyik nak baring saja. Kalau boleh tak nak makan langsung walaupun perut kosong. Tetapi kerana gastrik yang makin teruk saya gagahkan juga jamah makanan. Kadang-kadang suami suapkan bila saya dah betul-betul tak mahu makan. sebenarnya nak kena paksa dengan suami je, sebab memang dah tak daya nak makan..makan nak keluar balik, makan nak keluar balik. lagi-lagi kalo muntah paksa..muntah hijau tu..Ya Allah, masa itu, saya hanya mampu bertahan dan dari situ saya sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu mengandungkan kita, melahirkan kita dan membesarkan kita. Terima kasih mama dan bapa..Tanpa mereka kita tak akan melihat dunia.


Habis trimester pertama saja kira-kira minggu ke 14, badan saya semakin sihat..deria rasa semakin pulih..Masuk sahaja bulan keempat, selera dah bertambah. Saya makan apa sahaja kecuali kerang dan gulai, xleh masuk lah sedangkan suka time tak pregnant. Disebabkan HB saya rendah bersangkut paut pula dengan tekanan darah rendah, malahan saya juga pembawa talasemia, memang teruklah jadinya. Nurse suruh saya makan iberet. Jadi saya pun makan iberet tu. Walaubagaimanapun, HB saya tetaplah macam tu juga..naik turun naik turun 9-10..tapi tak pernah normal iaitu bacaan 11. Sebab sayakan pembawa talasemia jadi hb rendah itu adalah normal bagi orang macam saya. Bila asyik menurun je HB, nurse suruh saya doublekan makan iberet. So far, okey. naik 10.2, 10.4..okeylah daripada 9. Masa tu tak tahu pasal Shaklee. Kalau tahu, dah tentu saya makan suplemen Shaklee..hehe.

PENGALAMAN MELAHIRKAN

Saya ceritakan ringkas sahajala ye secara kronologi. Apa yang masih saya ingat.

14/01/2014

Pada sebelah malam dalam pkul 12- 5 pagi macam tu, asyik terasa sakit macam senggugut. Kerap tapi tak menentu. Ya Allah, tak dapat tidur hingga ke pagi. Bagitahu suami, dah terlalu sakit, tapi tak de lagi tanda darah atau air ketuban. So, saya anggap mgkn kontraksi Brixton..Tapi sakitnya tak tertahan. Saya kejutkan suami yang tidur nyenyak time tu esok kena pergi hospital sebab saya dah tak tahan sakit.


15/01/2014

Pagi itu, saya bergegas ke toilet sebab sakit perut sangat, tapi cuma buang air kecil saja. Tapi kelihatan terdapat lendir kuning campur darah sedikit. So, saya mandi bersihkan seluruh badan dan bersiap untuk ke hospital bersalin. Dalam hati berkata..dah nak bersalinkah ni..sakit macam mana lah bersalin nanti ni, tak rasa sakit nak kluar baby lagi.boleh bergerak ke mana-mana lagi. Macam2 dalam kotak fikiran. Suami pun teman ke tingkat satu Hospital Tuanku Fauziah Kangar. Lama juga nak daftar. Cek urin sekali. Selepas cek urin doktor panggil buat VE atau cek jalan orang kata. Time ni eloklah kita relax kan diri agar tak rasa sakit bahagian yang diseluk tu. Cek bukaan jalan masih dalam 2cm. Seorang doktor pelatih kata dengan kawan dia, nak suruh balik dulu sebab patient terlalu ramai, seorang lagi kata, takpe masukkan sahaja. Saya mengikut sahaja.nak balik pun dah malas. Satg balik, kena daftar lain pula kan.oh no. Baik lagi tunggu saja. Lepas cek bukaan, buat CTG pula utk monitor degupan jantung baby. Lama juga, ada dua katil, sebelah pun ada orang, dan ramai lagi tunggu turn masing2. Suami dekat luar menunggu. Kesian pula.lama dari awal pagi sampai dah pukul 11 lebih. Perut pun dah lapar. Sambil buat CTG tu nurse pasangkan drip kat tangan. Darah semakin banyak keluar lepas buat VE.

Kira-kira pukul1 lebih barulah dapat katil. Itupun katil tambahan.alhamdulillah, sebab terlalu ramai sampai katil dah lebih dalam satu wad. Suami pun balik dan duduklah saya seorang di situ menuggu kelahiran si kecil.

Petang tu, doktor scan. Alhamdulilah, kepala bayi tetap di bawah. Tapi mereka estimated baby 4kg. Aiyo..dengan badan kecil begini, mereka jadi was2. So, scan lagi betul2..jadi mereka estimated baby dalam 3kg. Nasib baik.

Sakit dah semakin kerap, beberapa kali doktor cek bukaan rahim. Pada pukul 10-11 malam bukaan dah 5 cm. So, menunggu katil di labor room sebab ramai juga tengah tunggu nak bersalin. Dekat pukul12 malam macam tu saya pun dapat katil. Nurse suruh tukar baju cekciii...sakit makin kerap tapi boleh tahan lagi. Dalam kepala selalu ingat kata2 mereka yang dah pernah bersalin "bila dah nak beranak, sakitnye dah tak boleh senyum". So, disebabkan saya masih boleh senyum rasanya tak lagi kot. Nurse masukkan ubat ke dalam   punggung untuk memudahkan proses membuang. Sambil dipasang alat CTG untuk monitor degupan jantung baby, saya baring di katil. Disebabkan susah nak detect jantung baby, nurse suruh baring dan jangan bergerak. Dapat detect pada posisi baring menelentang. Saya pun tak bergerak langsung sebab risau tak dengar degupan jantung baby. Ya Allah beratnye menanggung perut sampai rasa macam patah tulang punggung..sakit yang teramat sangat.

Mulut tak berhenti sebut..

“la illa ha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimiin”

....sungguh-sungguh saya bacakan dan mohon pertolongan agar dapat dipermudahkan segalanya. Sakit setiap kali kontraksi berlaku. Setiap masa doktor cek bukaan rahim. Tak pun buka lagi.masih 5cm. Risau dibuatnya sebab dah pkul 1, 2 pagi..kata mereka, setiap satu jam akan buka 1cm. Tapi saya masih 5cm. Pukul3 pun tetap sama. Tak ingat doktor pecahkan ketuban pukul berapa. Sekali keluarkan urin. Sakitnye bila depa bubuh hos dan keluarkan urin. Rasa pedih terkejut macam kena elektrik. Pukul 3pagi..doktor cek lagi, saya berharap sangat dah buka 7-8cm sebab dah tak tahan tanggung sakit dari pukul 10malam tadi. Pukul3 dah start sakit yang sangat kerap, setiap 5 minit sekali.sakitnya sampai genggam besi katil pun tak dapat nak rasa genggaman tu.sakit perut lagi sakit.

Kawan sekali masuk dengan saya pagi tadi dah selamat melahirkan kat sebelah katil saya. Dia pun masuk dengan bukaan 5cm. Cuma dia bergerak-gerak dan menjerit-jerit kesakitan. Dia juga meneran walaupun tidak dibenarkan oleh nurse dan doktor. Mungkin kerana terlalu sakit, dia teran sehingga serviknya membengkak. Tapi syukurlah dia selamat melahirkan. Saya pula masih menunggu dan menunggu. Tentunya suami saya lebih risau sebab dia menuggu di luar bersama mak mertua. Kasihan. Dia tidak tahu apa berlaku di dalam, yang dia tahu dari pkul10 lebih tadi sudah masuk labor room.sepatutnya dah bersalin.

Pkul 5 pagi doktor datang cek lagi,  masih sama. Bukaan masih 5cm. Akhirnya nurse suruh teran sikit-sikit bila sakit. Sebab saya memang tak teran bila sakit pun.saya tahan dan tahan. 2x diberi suntikan. Saya pun tak tahu suntikan apa. Tapi cucuk kat punggung. Mungkin ubat tahan sakit. Saya dari semalam merayu minta air, sebab tekak dah kering dan terlalu pedih. Saya tak tahu yang kita tak dibenarkan minum dan makan pun bila dah masuk labor room. Saya merayu dengan doktor nak minum. Dia kata, nanti dia bagi. Tapi tak bagi2. Dah tak de suara dah. cukup pedih kerongkong. Sebab depa buat tak tahu, saya biarkan saja. Nurse pasangkan oksigen tapi tak pakai topeng. Cuma bagi lalu kat hidung ja.tak tahu sebab apa. Dan air juga masuk dalam badan. Saya tertanya2 kenapa saya tak bersalin lagi. Adoi sakit sungguh. Mungkinkah sebab saya tidur terlentang dan tak meneran sikit pun. Jadi bila sakit , saya cuba teran sikit sahaja. Setiap kali sakit saya cuba teran sikit. Akhirnya pukul 7 pagi saya dah rasa macam kepala baby dah nak keluar pun.saya panggil doktor..doktor  tolong2..sakit nak terkeluar dah.. kebetulan nak tukar shift, jadi, mereka masih sibuk menulis. Saya dah tak tahan sangat. Saya takut. Syukurlah, nurse datang dan sediakan apa yang patut. Cuma biasalah, sepanjang kehamilan selalu saya kena dengan jururawat pelatih. Seorang sahaja staf nurse yang lain semua jururawat pelatih. Tak mengapalah.

Disebabkan staf nurse masih menyediakan perkakas, sambil bercakap2 dengan pelatih2 tu, akhirnya saya tanya pelatih tu, saya kena teran bila sakit ka..sebab dia tengok saya saja sambil pegang kaki saya. Dia kata. Ye ye..aduhai..apelah nasib. Tapi tak mengapa..kerana saya dah baca banyak pengalaman blogger dan tips2 berharga daripada mereka, saya rasa saya faham apa perlu buat. So, bila sakit kontraksi, saya terannnnn sekuat hati..kemudian baru saya dengar staf nurse tu bagi semangat..okey, push..push..sikit lagi..pandai..pandai..dah nampak rambut..entah apa dia cakap tak ingat dah sebab saya tengah fokus, menunggu kontraksi dan menerannnnnn sekuat hati. Saya cuba tak curi nafas.. saya habiskan nafas sampai dah tak boleh lagi.. nurse kata, sikit lagi, dah nak keluar dah..sikit lagi....push..push..pandai..pandai...dia asyik sebut pandai2..jadi, saya terannnnnnnnnnnnn lagi sekuat hati saya sampai rasanya dah bunyi harimau mengaummmm...gigi dah ketap kuat2..alhamdulillah, kepala selamat keluar dan kemudian nurse bantu keluarkan tubuh baby. Bila kepala dah keluar tu, badan baby keluar dah tak rasa apa dah..saya lembik sangat dan biarkan saja nurse buat apa kat bawah. Salah seorang nurse tanya baby apa. Saya jawab perempuan..kemudian dia bawa pegi mana cuma saya tengok saja. Staf nurse tadi sibuk bagi penerangan kepada semua pelatih, sambil menyuruh salah seorang tolong keluarkan darah beku, seorang lagi berdiri di sebelah kiri saya sambil tengok je. Mungkin pengalaman pertama kali kot tengok. Dia diam saja. Tapi tak mengapa. 

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan mendengar arahan sebab saya terlalu lurus bendul kot, hehe, akhirnya saya tak perlu digunting. Alhamdullah. Mungkin saya diuji lama menahan kesakitan tetapi Allah permudahkan semasa saya lahirkan baby. Alhamdulillah. Cuma ada koyakan sedikit di bahagian dalam. Jadi nurse jahit sikit saja. Rasa macam semut ketik bila dia suntik bius sikit2, kemudian jahit. Suntik sikit kemudian jahit. Suntik bius tu yang rasa macam semut gigit.

Dah bersih dan dipakaikan baju anak saya yang comel, nurse suruh susukan dia. Lama juga dia menyusu..hati saya pula risaukan suami, dia dah tahu kah saya dah bersalin..saya tanya nurse, dia kata dia akan call.  Dia call tak angkat. Pegi mana pula.adoi. tak pe lah. Setelah baby disusukan. Nurse bawa keluar untuk di azan dan di iqamatkan oleh papanya. Alhamdulillah. Suami saya tentu suka bila melihat zuriatnya depan mata. Terima kasih Allah kerana engkau memberikan kami nikmat yang tak terhingga. Terima kasih yang tak terhingga. Syukur alhamdulillah. Sakit yang sangat-sangat berbaloi.hehe.

baru keluar dari perut mama pagi tadi..



REA HANNA SOPHEA nama diberi..lahir pada 16 januari 2014 dengan berat 3.1kg

 Sedikit tips yang boleh saya kongsikan dengan anda semua.

TIPS ELAKKAN KOYAKAN PERINEUM ATAU ELAK DIGUNTING

1. Jangan angkat punggung ketika meneran
2. Teran sekuat hati ketika kontraksi berlaku dan jangan curi nafas (maksudnya dah teran tapi ambil nafas kejap, baby akan masuk balik)
3. Jangan teran terlalu awal untuk elak serviks dan kepala baby membengkak. 
4. Semasa meneran dagu letak atas dada. tunduk. Nafas lebih konsisten.
5. Yang terbaru saya dengar atau mungkin lama dah tapi baru terbaca, buat urutan perineum untuk kurangkan koyakan atau jahitan. Boleh pakai minyak kelapa dara untuk lembutkan kawasan perineum. Saya amalkan minum olive oil asli. satu sudu kecil saja.
6. Elastikkan perineum dengan mengambil suplemen semasa di awal kehamilan iaitu;
** Minyak ikan (Omega Guard)
** Vitamin C
** Protein (Energy Soy Protein, ESP)
(Tapi saya masih belum kenal Shaklee time ni cuma saya amalkan susu selalu dan rajin makan sayur-sayuran serta buah-buahan)

Insya Allah lepas ini saya akan cuba buat urutan perineum dan amalkan Shaklee secara konsisten. 







No comments: