Ahad, 26 Februari 2017

CARA MEMPERBAIKI PRINTER TIDAK BOLEH PRINT / CETAK


Salam semua, hari ni 15 Feb 2017, sejuk sangat pagi ni memang liat nak bangun pi keja. Sebelum masuk keja, sarapan la dulu kan, yang penting mesti ada ESP Shaklee. Baru segar sampai ke malam. Biasa la, my wife jual Shaklee. Sapa nak order, follow la dia, tu ada kat tepi kanan, klik ja kat situ. Shaklee memang TERBAIK. huhuhu....

Nie nak cerita la masalah di pejabat, kawan tanya, kenapa printer dia tak boleh print padahal bila tekan butang start nak test print, mau la pulak. ok je kertas keluar, scan pun ok jgk. kalau print dari komputer takda respon. Pelik-pelik.

Saya ni bukannya reti sangat tentang masalah macam ni. Saya cuba godek-godek printer dia, Jeng Jeng Jeng... Punca dia, status printer ‘PAUSED’. Saya pun usaha la mencari masalahnya. Dari duk merapu panjang baik la saya direct terus la share cara baiki printer yang tidak boleh cetak ni.

Step 1:

Kalau kita tengok lampu power di printer memang menyala normal dan kabel USB terhubung dengan baik antara CPU dengan Printer. Keadaan printer memang dalam keadaan baik (tidak rosak) mungkin hanya pengetahuan tentang printer oleh penggunanya masih kurang sehingga tidak dapat mengatasi masalah ini.

*Ni brand printer kawan saya, HP Deskjet Ink Advantage 2135.

Step 2:

Cuba tengok bahagian Device And PrintersKlik Start and klik pada Device And Printers.


Step 3:

Bila kita halakan pointer mouse pada icon printer, ia akan tunjuk seperti gambar bawah.

Status Printer: Offline

Masalah - Printer tak bersambung ke pc (usb kabel printer ke pc) @pun lupa nak ON printer.


Status Printer : Paused

Ni masalah sebenar yang nak di cerita. Puncanya jadi status PAUSED.


Disebabkan status printer Paused, memang segala urusan untuk mencetak tidak dapat dicetak. Kalau menunggu seharian pun takkan keluar punya.

Penyelesaian masalah ini adalah kita perlu ubah status Paused menjadi Ready, barulah printer boleh berjalan kembali dengan biasa.

Step 4:

Jadi next step terus klik kanan pada icon printer yang masalah tu. Klik pada ‘See what’s printing’.


Keluar la bahagian printer ini. Klik pada tab Printer. Puncanya dah jumpa. Ada tanda pada Pause Printing, kan. Ok, buang tanda tu (unmark). Simple kan cara dia.

>=> Ni Windows 7/Vista              >=> Ni pulak Windows XP

Caranya - klik tanda Pause Printing (hilangkan tanda tu).

Jadi selesai la masalah printer nie.

Sudah boleh print seperti biasa.

Status Printer: Ready


Bagi orang yang tak berapa tahu sangat tentang perkara ni, memang dah syak printer rosak and hantar pi kedai check, kena tipu dengan tauke kedai pulak. Habis duit sedangkan mudah sangat setting dia.

CARIAN YANG BERKAITAN:



  • Cara Baiki Printer Tak Boleh Print
  • Cara Setting Printer yang Tak Boleh Print
  • Cara Repair Printer
  • Setting Printer yang Tidak Boleh Print
  • Printer yang Tidak Boleh Cetak / Print
  • Kenapa Printer Tak Boleh Print
  • Sebab Printer Tidak Boleh Cetak
  • Printer Status Paused
  • Print Kertas Tak Keluar
  • Printer Tak Berfungsi


Selamat mencuba, serba sedikit dengan ilmu yang tak seberapa ni dapat membantu untuk yang mengalami masalah seperti ini.

By,

PapaRea

85 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sama2. Tmakasih sudi sggah di Blog MamaPapaRea

      Padam
  2. Tq ilmu hehe. Tadi printer jadi pause trus search google cri dlm blog ni. Dah jadi dah tq :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, sama2 Efa Riza. Ilmu yg ada kita kongsi sama2

      Padam
  3. terima kasih sngt..betul2 membantu skrg

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Hye Dr.nurul zainal.
      Klu diikutkan setting printer ni xkan berubah klu kita dah set Default. Kdg2 puncanya, lost connect, double connection serentak, jadi printer akan autopause.

      Padam
    2. Assalamualaikum..sya dah check printer sya dah ok..xdak pause..tapi bila sya nk print tetap tak keluar wlaupun ada tulis print has been finish..sya guna fon..tahu tak apa msalah

      Padam
    3. Waalaikumussalam Nurul.
      Printer tu jenis apa? guna OTG Cable @ WIFI? Buka setting untuk printer tu dan Try Test Print dulu. ada keluar tak? Set up semula software tu @ update app dalam phone. TQ visit my Blog...😉😉😉

      Padam
  5. Assalamualaikum. Saya dah tekan pada Pause Printing tu tapi still Paused/Error. Mcam mana ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Yong Rafidah
      Selalunya bila dah hilangkan tick √, printer tu akan jadi normal. klu xberjaya, kmungkinan masalah hardware printer tu error. Jadi terpaksa uninstall & install semula software dia.

      Padam
  6. Printer saya x boleh print byk. Cotoh ada 10page. Bila print keluar dua helai ja. Pas tu naik reload ketas. Tp ketas byk. Bila trik tray dah masukan blik. Dya akan ulang print bnda sama. Mohonbntuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hyee, sy rasa la. Mslh printer ni. Klu fotostat jadi mslh yg sm jgk ke? @ print dr pc je jd mcm tu? Try cek setting dia. @pun try reset sistem printer tu. Uninstall & install smula. TQ visit my Blog...😉😉😉

      Padam
  7. Word bole print tapi bila nak print exel tak bole huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye. Try set default printer. @ cuba tgk setting printer di excel, mgkin salah set printer. TQ visit my Blog 😊😊😊

      Padam
  8. hai nak tanya kenapa bila saya nak print tak boleh? bila saya tengok yang macam masalah pada pc

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai mekcah. Try uninstall & install semula software printer tu. Check jugak cable dr pintr ke pc detect x?. Blh la try dlu cara tu. TQ Visit My Blog. 😊😊😊😊

      Padam
  9. Balasan
    1. Hye Nanang. Sama². Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  10. Kalau status printer ready, macam mana nak selesaikan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haluu. Kalau dah ststus printer READY, xda masalah la. Boleh guna mcm biasa. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  11. haii nak tanya kalau salah satu ink tu rosak tkboleh print gak ke? harap cepat balas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, sori lambat balas, tghri solat jumaat kan. 😁😁😁😁
      Kalu rosak@empty salah 1 ink, pun boleh guna aslkan 1 ink lagi ada. Contoh klu ink colour hbs@rosak, stay blh guna yg hitam saja & sebaliknya. Jadi, xda msalah kcuali printer rosak. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  12. Thank you so much for this share ! it's really helpful :')

    BalasPadam
  13. printer saya blh on tp x blh print\fotostat.lampu oren tiga2 brkelip 5x.ink baru je beli.x tau pasai pa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye rahim. Klu lmpu oren berkelip 5x kmgkinan masalah cartridge xdetect dgn printer. Jadi perlu buka smula ink tu dan cuci skit dbhgn tembaga tu dgn tisu. Kmdian pasang smula. Harap dapat mnbantu. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  14. Nak tanya printer saya int tu dia tak gerak, selalu kan dia duduk dekat tengah ni dia tak gerak punca dia sebab apa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haluu, rasanya ini masalag program dia. Boleh cuba reset semula printer tu mengikut jenis brand printer. Boleh google cara reset printer....... Ok. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  15. salam,mohon bantuan saya dh setting printer dari laptop masalahnya bila print keluar kertas kosong ja model printer hp deskjet 2050 tolong....tq ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, hai haniza. Try reset semula printer tu. Boleh ikut cara 👇👇👇 ni, dari uncle google ni. 😁😁😁

      1.Turn the printer off. Disconnect the power cable from the printer for 30 seconds and then reconnect.

      2.Turn the printer on while you press and hold the Resume button for 10-20 seconds. The Attention light turns on.

      3.Release the Resume button. The Attention and Ready lights cycle while the printer restores factory defaults.

      Boleh ka idok? Klu tak, try uninstall & install semula software printer tu. Clear & delete semua data printer tu.

      Selamat mencuba. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  16. Asalamualaikum macamana cara kalau nak reset sofware terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, kalau nak reset semula, uninstall software tu. Delete semua Data Cache untuk software tu. Dah clear semua, install semula software tu. Harap dapat membantu. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  17. Assalamualaikum,.sy baru beli printer canon.kenapa ye stiap kali nak print mesti dokumen tu xjadi full ..maklumat dekat dokumen sy tu xlengkap walaupn dah setting jadi default or fit in scaled. Ni masalah printer or laptop ye? Perlu setting dekat printer jugak ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, xpasti la pulak. Rasanya kena tgk setting paper (Document Size). Set ke Letter (8.5" x 11") @ A4. & Orientation Portrait @ Landscape. Boleh la cuba. Kalau tak boleh gak, uninstall & install semua software printer tu. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  18. salam. sy nak tanya,sy pun guna printer hp deskjet 2135,..masalahnya tak boleh connect fon..sy dh guna wayar otg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Klu bab ni, saya xbrapa arif sgt. Sistem phone perlukan app utk printer tu sblm nak connect print. Mcm pc jgk la perlu install dlu. Blh la google caranya. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  19. Alhamdulillah.. terima kasih banyak atas perkongsian. Semoga dipermudahkan segala urusan mama papa rea. Saya punya printer dah boleh print.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Adda, alhamdulillah. sama². Aminnnn... TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  20. Hai sis.. sy nak tnye knp sy punya printer lampu network dan direct tidak menyala.. Hanya lampu wireless saja menyala.. jd tak dpt nk detect wireles utk print thru hp..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, sudah sync printer dgn hp? @ hp perlu juga install app printer? Bergantung pada jenis printer & jenis hp, support ke tak. Boleh cuba la godek² setting. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  21. "your printer has experienced an unexpected configuration problem"

    Ape perlu saya buat?xleh nk print

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, boleh cuba step ni.

      1. Add your printer again
      2. Make the printer shareable
      3. Update your printer driver
      4. Clear Spooler Files
      5. Run Windows Troubleshooter

      Lastly, klu tak ok jugak, uninstall dan install balik. Harap dapat membantu. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  22. Slm..knape kertas keluar jd senget bila on printer..selalu tersekat..dh cuba btulkan tp ttp kluar senget

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, hai. Rasanya ni masalah roller dia tarik tak sekata. Try buka cek dlm tu, mn tau ada ttinggal cebisan kertas yg terkoyak dlm tu. ½cm kertas pun mmberi kesan pd printer. Blh cuba tgk. Klu xok jgk, bw pd yg pakar. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  23. Assalammualaikum,kenapa bila print dia, keluar printer default Dan tak installer, sedang kan sudah installed

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, kalau masalah ni try check cable printer tu dah connect sempurna tak? boleh buka check di Devices and Printers, tengok pada Printers and Faxes, ada tak icon printer yang install tu? kalau ada klik kanan, klik Troubleshoot. nanti dia akan gtau apa masalahnya. Try dulu, nak crita pun kita tak nmpak keadaan sebenarnya. Harap membantu. TQ visit My Blog :)

      Padam
  24. Mohon bantuan..jika printer keluar simbol E2..apa problemnya ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, sori lewat balas. Bz masalah kerja. Klu naik kod E2 ni selalunya masalah paper habis. Selain tu, kita print surat setting Manual Duplex Printing (print 2 side depan blkang). Perlu masukkan semula paper utk side seterusnya. Boleh check dlu setting untuk default sebelum print. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  25. salam nk tanya, saya guna ink colour utk print pdf file yg hitam putih tapi x berjaya. apa masalah agak2 nya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, hai. Printer pakai cartridge asal @ tambah tabung ink tepi printer?
      Sebab xblh print kemgkinan ink dah low, klu tabung plk, ink xkeluar sebab ada udara dlm paip ink tu. Klu print biasa yg ada warna ok x? Klu file dh full blckwhite, print blackwhte saja, jimat ink warna. 😉😉😉

      Padam
  26. berapa harga kalau baiki ink nozel yang rosak??

    BalasPadam
  27. assalam nk tnye kenapa bila nk print just keluar kertas kosong je tpi ink masih ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, hai. Masalah ni slu jugak la dlu kena. Bila print banda lain kuar ok ja,kan. Ttg ni kmungkinan ada masalah dari hardware printer & masalah sumber fail yg korang nak print tu. Hya se²tgh fail saja jadi mcm tu. Apa yg korang perlu buat:

      1. Uninstall & install semula new version software printer tu.
      2. Try check setting pada fail yg korg nk print tu (setting page).

      Harap dapat membantu. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  28. saya mau print gambar menggunakan kertas matte paper 240gsm... jenis printer adalah brother Jp100 . tapi dia stuck dan tdak boleh keluar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Gadis Jelita. Sori lewat balas komen. Masalah printer ni disbbkn saiz ketebalan. Maxx 80gsm rasanya utk printer tu. Bila masuk lebih tebal, paper akan sgkut pd roller dalam. Ikut nasib jugak la. Apa² TRY & ERROR. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  29. Kenapa print tak dapat jalan. Asal on trus ada lampu oren on juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, boleh reset semula printer tu. Cabut cable usb & plug, tekan butang on lama². Sambung smula cable & on. Klu naik jugak lampu tu, buka printer tu & check dalam tu samada ada apa² cebisan kertas @ lihat cartrige jgk. Klu tak brjaya, boleh google step reset printer. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  30. Askum nk tanya printer sy x bleh prin..lampu bklip2 P07

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, ni printer CANON kan? Kod P07 ni menunjukkan korang punya Printer Counter pencetakan sudah Full. Setiap printer ada had limit cth 10000 page akan automatik stop. Printer perlu RESET saja ni. Caranya:

      1. Off printer.
      2. Tekan dan Hold butang STOP. Tekan sekali dan HOLD butang Power.
      3. Lepaskan STOP button ( jangan lepas butang Power lagi )
      4. Tekan STOP button 6 @ 7 kali
      5. Lepaskan Power button
      6. Last, lampu akan berkelip dan selesai. Sambung USB cable, PC akan detect new software Found.

      Harap berjaya la ya. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  31. hello, sy salah masukkan warna ink semasa refill, apa perlu sy buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, tiada masalah pun. Boleh sedut keluar balik ink tu. huhuhu
      Tak perlu, p beli baru la senang. Warna tu dah bercampuq nanti jadi pelik pulak bila print. TQ visit my Blog...

      Padam
  32. Assalamualaikum tuan..baru2 nie sy ad install printer dkat pc pjbt..lpas install sy try test print ok je keluar..tp masa nak print surat xleh, keluar ayat nie "window cannot print due a to problem with the current printer setup"..adakah pc sy ad virus?..mohon pencerahan tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalalikumussalam. Panjang klu nak crta ttg ni. Boleh search d google n cari cara di Youtube utk tutorial nak fix masalahnya. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  33. Salam mama papa rea...t.kasih byk membantu,masalah saya printer x dpt detect ink walaupn sudah tukar baru,tapi masih kata kosong,t.kasih mama papa rea

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Razak. Mgkin ada yg xperfect masa pasang ink. Boleh buka semula & pasang betul tapaknya. Boleh try. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  34. Terima kasih tuan. Sangat2 membantu. Dah 3 hari pikir apa problem printer saya ni. Saya tgk tutorial kat utube lagi tapi tetap tak boleh print. Rupanya simple je kaedah tuan terima kasih sangat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Farahin Isa. Sama². Yg mn boleh kita kongsi, kita kongsi sm². TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  35. Assalamualaikum...
    Printer sy jenis epson L210. Bila print, kertas kosong yg kluar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Hai. nak tanya, print surat @ gambar? Kalau gambar selalu terjadi. Dan just tulisan kdg ok kdg tak. Solusinya, uninstall semula driver printer tu dan clear semua settingnya. Next installsemula driver dia yang latest @ dari CD originalnya. Set pada Default. Harap dapat membantu. TQ visit my blog. Dont forget to watch my Youtube Channel at MamaPapa Rea. Plz subscribe, like, share ok.

      Padam
  36. Salam apa masalah printer canon G2000 print tak habis, separuh jalan dia stop, tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, try check setting paper saiz apa. Klu jadi seperti tu jugak, reset semula setting printer tu. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  37. kalau status printer: error mcm mana ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, ERROR ni banyak sebab dia. Boleh cek dulu KODE ERROR dia. Nombor berapa ERROR tu? Boleh OFF dan ON semula. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  38. salam, saya guna printer hp officejet pro 8020.. nak tanya, kenapa kalau print gambar guna kertas double sided glossy dia keluar senget, tapi guna kertas lain elok je keluar straight gambar tu.. ? terima kasih menjawab soalan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, mungkin disebabkan Roller dia tarik kertas tak center. Ketebalan kertas pun boleh jadi punca. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
    2. Assalamualaikum saya nak tanya masalah printer HP 2776 tidak dapat membaca isyarat ink di catridge kehabisan

      Padam
    3. Waalaikumussalam. Kemungkinan sensor problem. Try buka check tgk cartridge buka & pasang semula. Cuci skit kalau ada kotor. Try factory reset, apa hasilnya. Kalo xok jugak try uninstall & reinstal hardware semula. TQ visit my blog, plz Subscribe My YouTube MamaPapaRea ya.😊😊😊.

      Padam
  39. Slm nk tnya printer Canon E410 sy lampu oren dgn lampu button off dia berkedip, mcmmna ye? Harap dpt reply

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, boleh reset semula printer tu. Boleh cuba cara ni dulu.

      1. OFF printer tanpa cabut wayar.
      2. Tekan & Hold butang STOP.Then tekan butang Power (tak perlu hold).
      3. Jika printer telah hidup, lepas STOP.
      4. Repeat tekan butang STOP 5 kali. Di kali ke 5, lepas butang STOP dan Power serentak.
      5. Tunggu beberapa saat, OFF printer. Tunggu beberapa saat lagi ON semula.
      6. Lastly, buat deep cleaning. Selesai semua, printer telah direset.

      Harap printer kembali normal. Jika tak boleh jugak kemungkinan masalah lain. TQ visit my blog, plz Subscribe My YouTube MamaPapaRea ya.😊😊😊.

      Padam
  40. Salam...saya baru jew beli laptop canon. Apabila saya fotostat sijil kelahiran ianya tidak keluar penuh. Macam mana yew utk setting ? Harap dapat reply

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, untuk kertas A4 gambar print separuh ya? Try setting pada Option, klik Printer Properties. Then, tgk pada Tab Paper, lihat pada PaPer Size. tukar situ. @pun masa nak print gambar tu, tekan full page. Harap membantu la. Maaf sebab tak nampak situasi sebenar, jadi nak terang pun tak berapa pasti itu masalahnya. TQ visit my blog, plz Subscribe My YouTube MamaPapaRea ya.😊😊😊.

      Padam
  41. tq sgt2,2hri sya pening dgn binatang PAUSE ni naik stress dbuatnya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...